Performance Drink

BAHANG NYA CUACA, TERIK MENCENGKAM RASA 

==========================================


Memandangkan El Nino sedang rancak menyerang, ramai yang PM bertanyakan tentang bagaimana PERFORMANCE DRINK ini boleh membantu untuk mengatasi maslah dehidrasi.. Meh saya share sikit kelebihan PD shaklee ni.. smile emoticon


Kelebihan Performance Drink Shaklee:
☔Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
☔ Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
☔ Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
☔ Terbukti secara klinikal: Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
☔ Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Performance Drink pilihan saya untuk anak-anak yang bersekolah.. Terutama pada waktu panas terik begini. Anda bagaimana?





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Vitalea

TAHUKAH ANDA?
.
Vitalea asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan PERKATAAN VITAMIN yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
.
Apa Kelebihan MULTIVITAMIN SHAKLEE..!
.
 Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
 Disokong oleh 7 kajian klinikal. Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
 Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
 Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
 Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab.
 Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)
.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Performance Drink



"Apa ni bang, baru dua lap dah pancit ke? Tak gerek betul lah. Mari saya share rahsia saya kekal bertenaga. Pilihan saya tentulah Performance Drink dari Shaklee. Haa apa tu Performance Drink?
Meh adik nak cerita
Performance Drink ini adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. Alaa yang macam 100 plus tu. Tapi tu kandungan gula tinggi tak elok untuk kesihatan.
Untuk pengetahuan abang, ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. Power tau bang.
Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu tau, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Ehehehe. Jangan risau minum ni tak buat abang ada susu. Upss!
Performance drink ni juga mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ni bang merupakan rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
Performance Drink ni bang sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Lagi lah untuk abang yang selalu pancit bila mengayuh nie. Budak-budak demam pun elok tau amik ni sebab biasa la budak-budak bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.
Haa ok bang, sembang panjang pun tak guna. Abang nak berapa? Dua ke tiga botol? Special Price untuk abang. Tunggu apa lagi.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Mahkota Rambut Wanita

MAHKOTA MU BEGITU BERHARGA
=============================
1. Jangan ikat rambut terlampau ketat kerana ia akan menyebabkan daya tarikan rambut yang tinggi serta akan membotakkan suatu kawasan du kulit kepala
2. Dinasihatkan untuk tidak memakai tudung sebelum rambut anda kering. Ini adalah untuk mengelakkan kelemumur di seluruh kulit kepala
3. Amalkan pemaknan diet seimbang serta pemgambilan buah-buahan, vitamin dan suplement untuk mendapatkan rambut yang sihat dan kulit kepala yang bersih
4. Lakukan rawatan rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk penjagaan rapi rambut dan kulit kepala.
5. Bagi yang berhijab atau pun tidak, anda harus menitikberatkan kecantikan rambut serta kesihatan kulit kepala
6. Kurangkan rawatan kimia dan jangan cuci rambut dengan air panas yang keterlaluan. ini kerana air yang terlalu panas akan merosakkan "hair cortex" lalu menyebabkan keratin rambuh rapuh. Dapatkan nasihat mereka yang pakar
7. Lakukan urutan lembut di kulit kepala setiap hari






Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Vitamin C

KEPENTINGAN VITAMIN C

===================


 Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


 Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


 Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.


 Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.


 Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


 Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon atau usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Rambut bercabang

KHAS UNTUK ANDA SI RAMBUT BERCABANG
======================================

Rambut bercabang banyak berpunca dari penggunaan bahan kimia seperti mewarna, melurus dan sebagainya pada rambut. Sinaran matahari yang terik dan pencemaran udara juga boleh mengakibatkan rambut bercabang.

Mari saya kongsikan 5+1 Tips untuk mengatasi masalah ini:

1. RAJIN MERAPIKAN RAMBUT
- Jangan biarkan rambut terbiar panjang tetapi tidak dirapikan bahagian hujungnya. Cuba untuk sekurang-kurangnya 6 bulan sekali memotong hujung rambut.

2. PENGGUNAAN PERAPI RAMBUT
- Perapi rambut yang digunakan selepas bersyampu bertujuan untuk melembutkan rambut dan mengurangkan kekusutan rambut. Akan tetapi ramai yang malas untuk menggunakan perapi rambut ini.

3. SIKAT
-Gunakan sikat yang bergigi jarang supaya dapat mengurangkan kecederaan pada kulit kepala semasa menyikat rambut yang kusut. Dengan ini, kulit kepala tidak memgalami kecederaan dan rambut pun tidak mudah rosak.

4. GUNAKAN MAYONIS
- Mayonis bukan sahaja sedap dimakan tapi ia juga bermanfaat untuk melembutkan rambut, caranya ambil satu sudu mayonis, sapu pada rambut dan kemudian bungkus rambut menggunakan 'shower cap'. Biarkan selama 10-15 minit. Bilas menggunakan syampu hingga bersih.

5. JANGAN CUCI RAMBUT DENGAN AIR PANAS
- Ramai yang selesa menggunakan air panas untuk mandi dan mencuci rambut. Tapi tahukah anda, ia akan mengakibatkan rambut kehilangan kelembapan dan mengakibatkan rambut kering serta bercabang.

6. SYAMPU PROSANTE DAN ZINC
- Gunakan syampu yang selamat untuk kulit kepala seperti Prosante. Ia juga membantu struktur semulajadi rambut, keseimbangan minyak, kelembapan, ketebalan yang sihat, lantunan dan bersinar untuk rambut dan kulit kepala.
Zink pula mampu untuk menguatkan folikel rambut.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Water Pitcher



MANFAAT AIR PUTIH

================


 MELANCARKAN PROSES MEMBUANG AIR BESAR
Bagi seseorang yang mengalami sembelit atau susah buang air besar di pagi hari, maka sebaiknya minum air putih saat bangun tidur yang mana bertujuan untuk membantu melancarkan buang air besar tersebut.

 MENGAWAL BERAT BADAN
Berat badan yang ideal merupakan impian setiap orang. Bagi anda yang ingin menyesuaikan berat badan yang proporsional, maka mulailah mencukupi keperluan air putih di pagi hari. 

 MILIKI USUS BESAR YANG SIHAT
Usus besar merupakan salah satu organ dalam sistem pencernan kita. Dengan minum air putih di pagi hari. Akan memberikan kesan positif untuk kesihatan usus besar. Sehingga penyerapan nutrisi makanan dapat berjalan dengan baik pula.

 GINJAL YANG LEBIH SIHAT
Mencukupkan keperluan air putih di pagi hari dapat membantu meringankan kerja organ ginjal sekaligus menjaga kesihatan organ ginjal tersebut.

 SELALU TAMPIL AWET MUDA
Faktanya, minum air putih di pagi hari sangat efektif membuang dan membersihkan racun yang berada di darah melalui keringat dan urin. Sehingga tubuh akan lebih sehat dan segar sepanjang hari.

Cantik kan penapis air putih tu? PM saya untuk mklumat lanjut.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Letih

ANDA CEPAT LETIH DAN PENAT?
=========================



Adakah anda salah seorang dari mereka?
 Sentiasa rasa lemau
 Mata berat macam ada batu
 Pantang lepas perut terisi mata pun mahu terkatup
 Otak lambat berfikir
 Melepek 24 jam
 Nak buat apa pun tak terdaya
AWAS!! Sebelum si Isteri muncung sedepa, muka masam mencuka.
Mari dapatkan Cinch Tea Mix. Mudah sahaja. Ambil satu sachet tuang kedalam air dan minum.
Badan pasti rasa lebih segar dan bertenaga. Isteri tersenyum gembira.
Lagi best boleh dapat pakej abang sado kalau diambil dengan konsisten.









Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



Kelemunur

KELEMUMUR Arghhhhhh!
===================


 SYAMPU YANG SESUAI
Bukan semua syampu rambut direka dan diproses untuk tujuan yang sama, terdapat pelbagai kenis syampu diluar sana yang berteraskan untuk menguatkan akar rambut, menghitamkan rambut, menjaga kulit kepala dan lain-lain.
Oleh itu, anda dikehendaki untuk memilih syampu untuk kelemumur ataupun syampu anti- kelemumur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. PM saya untuk pilihan syampu yang terbaik

 YOGURT
1. Gunakan yogurt anda untuk menghilangkan kelemumur. Cuma bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan untuk 10-15 minit.
2. Bilas dengan air yang bersih, guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.

 ASPIRIN
1. Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
2. Masukkannya ke dalam syampu rambut anda, dan sapu/guna seperti biasa.
3. Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika (2-5 minit), kemudian bilas seperti biasa.

 CUKA EPAL (Apple Cider Vinegar)
1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih.
2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.
3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.
5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.

 PISANG DAN CUKA
1. Kupas satu ulas pisang.
2. Campurkannya dengn 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga ia menjadi paste
3. Kemudian sapukannya keatas rambut dan kulit kepala.
4. Ratakan campuran tersebut keseluruh permukaan kepala anda
5. Biarkan selama 20 minit sehingga 1 jam, dan kemudian bilas dengan sempurna.
6. Ulang langkah setiap hari selama 1 minggu.

 BAKING SODA
Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam perbagai situasi dan termasuklah dalam menghilangkan kelemumur.
Cara-caranya adalah mudah, anda cuma perlu menggosok sedikit baking soda pada rambut dan kulit kepala anda. Kemudian bilas selepas 1 minit.
Ulangi langkah di atas setiap hari untuk 2 minggu. Anda akan terkejut dengan hasilnya!

 PENGAMBILAN ZINC
Sesetengah pakar menyatakan bahawa kekurangan zinc sebenarnya boleh membawa kepada kemerosotan struktur protein yang membentuk folikel rambut. Perkara ini akan melemahkan folikel yang boleh menyebabkan rambut gugur dan menjadi lemah.
Zinc juga dipercayai memainkan peranan penting dalam penghasilan DNA dan RNA. DNA dan RNA diperlukanbagi menghasilkan bahagian sel-sel folikel rambut yang membawa kepada pertumbuhan rambut lebih sihat.
Zinc juga boleh membantu menjaga keseimbangan hormon yang boleh menjadi salah satu sebab mengapa ia begitu berkesan dalam mencegah keguguran rambut. Terdapat juga beberapa kajian yang dilakukan, seseorang yang memiliki rambut beruban berubah kepada warna asal apabila dipelihara dengan diet yang kaya dengan zink atau makanan tambahan pertumbuhan rambut.
Sebagai bonus, zinc untuk pertumbuhan rambut yang boleh membantu menghapuskan kelemumur pada kulit kepala juga.
Sayangi Mahkota anda, PM saya sekarang untuk dapatkan nasihat terbaik berkaitan penggunaan Syampu dan Zinc untuk kulit kepala kekal sihat.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kutu di Rambut

Musim persekolahan sudah lebih sebulan berlalu. Macam-macam cerita yang keluar dari mulut ibu-ibu bila bersembang tentang sesi persekolahan anak-anak.
Tak terbatas tentang guru-guru, tentang group whatsapp ibu bapa, tentang pencapaian anak-anak dan juga kebersihan anak-anak. terdengar rungutan dan keluhan beberapa ibu tentang masalah kutu yang menyerang si anak.
Aduh yang ini memang memeningkan. Sebab seorang habis satu rumah boleh mengenyam.
itu yang terpanggil untuk berkongsitentang cecair ajaib Basic-H yang ibu-ibu beli untuk bersihkan kasut sekolah anak. TAHUKAH IBU-IBU yang ianya boleh digunakan untuk menghilangkan kutu pada kepala.
TERKEJUT? kan di botol pun ada tulis 1001 kegunaan BASIC H ni. Jadi tak perlu terkejut sangat. Selamat menggunakan Basic-H ni kerana ia tiada bahan kimia yang berbahaya kepada.
Bukankah Motto Shaklee Sentiasa Selamat, berkesan dan mesra alam. Jadi apa yang nak dirisaukan. Kalau nak tau, kandungan Basic-H ialah minyak jagung dan minyak kelapa. Sesuai sangatlah kan nak matikan kutu kat kepala tu.
Senang sahaja, jadikan Basic-H sebagai syampu rambut anak kita. Guna sikit je pun dah berbuih. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Singkirkan kutu yang mati dengan sikat kutu. Cara ni lagi senang. Anak kita pun tak pedih mata. 



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Ciri Rambut bermasalah

4 CIRI RAMBUT BERMASALAH

=========================


 RAMBUT TIDAK ELASTIK
Cara memeriksa tahap elastik rambut adalah dengan langkah-langkah berikut.
1. Ambil ujung rambut anda, sekitar dua hingga tiga helai.
2. Cuba tarik rambut tersebut. Jika rambut Anda putus ditengah-tengah, itu merupakan tanda rambut yang tidak sehat dan tak lagi elastik.
3. Untuk itu, gunakan pelembab atau perapi yang mengandung protein untuk mengembalikan kesihatan rambut.

 RAMBUT ROSAK
Rambut yang disyampu setiap hari memiliki risiko kerosakan yang tinggi. Hal ini kerana bahan kimia yang terkandung di dalam syampu mampu membuat rambut menjadi kering dan kusam. Pastikan syampu yang anda gunakan mengandungi protein untuk memelihara kesihatan rambut.

 RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut merupakan bahagian rambut yang berusia paling tua. Ujung rambut juga seringkali tidak mendapatkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar di kulit kepala sehingga umumnya sering kering dan bercabang.
 RAMBUT MUDAH KUSUT
Jika rambut mudah kusut saat disikat atau bahkan saat anda gosok dengan tangan, maka ini bererti rambut anda memerlukan protein. Protein akan membantu menutrisi rambut hingga akar-akarnya dan menguatkan rambut sehingga tidak mudah kusut.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Mati dalam kereta

KEMATIAN DI DALAM KERETA

======================


Sering kita mendengar kisah kematian di dalam kereta dan ini disebabkan ventilasi yang kurang baik sehingga pembuangan asap yang bocor masuk ke dalam kereta dan perlahan- lahan dihidu oleh nereka yang berada di dalam kereta.
Di musim cuti begini, pasti banyak kereta tersadai di RNR di sana sini dalam keadaan ramai yang tertidur di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond terpasang.
Ramai juga ibu ayah yang cuai sering meninggalkan anak-anak di dalam kereta dengan keadaan enjin dan aircond dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat.
Karbon monoksida (CO) adalah gas tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa dan tidak mengiritasi yang boleh menyebabkn kematian mengejut kepada mereka yang terhidu.
Gas karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap, bonet dan sebagainya.
Ianya bahaya kerana boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia.
Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan kandungan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.
Oleh itu ibu ayah, berhati-hati jangan sampai kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap maut.
Jangan biasakan diri tidur di dalam kereta kerana ia boleh membawa kepada kematian di dalam senyap.
Sekiranya terdesak berada dalam kereta, pastikan persekitaran luas dan terbuka. Ini kerana Walaupun enjin kereta anda tidak dihidupkan, asap ekzos daripada kenderaan lain mungkin menyelusup masuk ke dalam kenderaan anda.
Jangan biarkan KECUAIAN ANDA menjadi pembunuh mereka yang tersayang.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Diet seimbang



Seringkali kita dengar jika mengajak teman -teman makan ayat yang keluar dari mulut mereka ialah "Aku diet"
Kononnya tak mahu makan kerana mahu kelihatan kurus. Setuju?
TAHUKAH ANDA maksud diet adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit.
Sebagai contoh "Diet rendah gula" untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
Kesilapan memahami maksud diet ini secara tidak langsung telah membawa kita kepada amalan diet yang tidak sihat.
Bila sebut "diet" ramai yang akan fikir, jangan makan untuk kelihatan kurus.
Diet yang seimbang adalah dengan mengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Ostematrix


Aduh-aduh dia rasa merayap-rayap. Eh berapa banyak semut ni merayap kat kaki. Nak angkat pun berat rasa kaki. Salah cuit boleh menjerit.
Haa pernah tak rasa seperti di atas ni?
Selalu rasa kalau waktu duduk lama sangat, sama ada selepas solat, lepas bersila lama kupas bawang di dapur dan sebagainya.
TAHUKAH ANDA Antara tanda kekurangan kalsium ialah merupakan punca kepada rasa seperti di atas atau kebas. Ia menyebabkan rasa kebas pada tangan dan kaki serta mudah rasa lenguh-lenguh badan.
Kesan kekurangan kalsium juga menyebabkan seseorang mudah terkena penyakit tulang rapuh seperti osteoporosis terutamanya bagi wanita berusia lewat 20an dan ke atas. Insomnia, gigi mudah reput dan masalah haid juga boleh berpunca daripada kekurangan kalsium.
Pengambilan makanan tambahan kalsium berkualiti tinggi yang mengandungi nutrien kritikal seperti kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi dapat membantu melindungi, membina dan mengekalkan tulang yang kuat dan sistem saraf yang sihat.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Mata

MAHUKAN MATA YANG CANTIK?

===========================
.
1. Pengambilan Telur
Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang makan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dapat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.
.
2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida
Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.
.
3. Banyakkan mengambil Omega 3
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.
.
4. Supplemen
Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnyakecuali atas arahan doktor.
.
5. Menjaga tekanan darah dan berat badan
Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.
.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Anak

PUNCA DAN CARA MELAYANI ANAK YANG MOODY

==========================================

1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.
 Sikap Ibu bapa:
Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani
.
2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.
.
 Sikap ibu bapa:
* Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.
* Ajak anak berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang Nina mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang Nina mahu.."
* Berilah perhatian kepada anak setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Ibu bangga Nina tidak merengek ketika mandi tadi.."
.
3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.
.
 Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?" Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.
.
4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.
.
 Sikap Ibu bapa:
Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, "Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.
.
5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.
.
 Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, Nina suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.
.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty