Tips paling best untuk nampak muda.


No #4 dan #10 paling best!
Siapa setuju?
#1 Teh Hijau
Amalkan minum teh hijau. Teh hijau mampu mengekalkan elastasi kulit dalam proses pra matang. Ingat tau, teh hijau tanpa gula tau.


#2 Senyum dan ketawa sokmo.
Cari bahan yang boleh buat anda ketawa. Atau cari kawan yang boleh anda ceria.

#3 Lindungi kulit.
Jangan lupa sentiasa pakai krim SPF. Tak kira kerja dalam ofis ke, rumah ke, wajib pakai. Untuk elakkan jeragat dan kulit kerkedut dengan cepat.

#4 Tidur cukup haul.
Tidur malam 6-8 jam. Tidur siang pon patut ada dalam 20minit. Jangan lama sangat. Nanti lagi lama, lagi letih.

#5 Bersenam.
Bersenam boleh buatkan anda kelihatan muda. Bersenam boleh menguatkan sendi tau.

#6 Berkawan dengan orang ceria.
Kelilingi diri ini dengan kawan-kawan yang positif dan ceria. Aura yang positif akan memberikan anda tenaga yang baik. Positif baru nampak muda kan?

#7 Rutin cantik
Jadikan benda-benda cantik sebagai rutin. Apa itu? Make-up laaaaaaa.

#8 Menu
Makanan harian kita patut dijadikan ceria. EAT RAINBOW! Pakar mengatakan, wajib menu makanan bewarna merah atau orange.

#9 Coklat.
Dark coklat tau. Bukan milk coklat. Dark coklat mengandungi anti-oksida yang tinggi.

#10 Salmon
Salmon kaya dengan asid lemak 3. Mahal woooo, tapi pelaburan sihat yang baik.

No comments