12 PETUA MENGHILANGKAN PARUT DENGAN EFEKTIF, TANPA PRODUK!




“Adoiii Mon, kenapalah kau cakar pipi aku ni? Kan dah merah, luka dan bercalar-balar. Cubalah cakar kat kaki ke tangan aku. Habislah berparut pipi gebu aku ni. Dah tak nampak cun lah macam ni! Siap kau Mon, aku dapat kau nanti, memang ada yang kena pukul!
Parut luka memang sukar dihilangkan. Meskipun ia tidak menyakitkan tetapi ia boleh menjejaskan penampilan lebih-lebih lagi jika ia di muka.
Banyak produk menghilangkan parut ada di pasaran tetapi jika anda memilih untuk mengguna bahan yang selamat dan semula jadi, bolehlah mengguna bahan seperti berikut.


Berikut adalah 12 petua menghilangkan parut dengan menggunakan bahan semulajadi.
Selain parut luka, anda juga boleh menggunakannya untuk memudarkan parut jerawat pada muka.
1. LEMON
Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.
Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.
Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari.
2. MINYAK ROSEHIP SEED
Titiskan sedikit minyak pada jari dan urut perlahan-lahan pada parut. Lakukan dua kali sehari.
Minyak ini biasanya digunakan dalam industri kosmetik terutamanya krim penghilang parut.
3. KIUB AIS
Ambil kiub ais dan lakukan pada parut.
Lakukan sekerap mungkin.
4. DAUN ALOE VERA
Potong daunnya dan picit sehingga keluar cairan.
Ambil dan sapukan pada parut.
5. MADU
Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.
Biarkan kering baru dibilas.
6. SERBUK SANDALWOOD
Campurkan sedikit air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut perlahan-lahan.
Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.
7. KENTANG
Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.
8. MINYAK KELAPA
Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang.
9. MINYAK ZAITUN
Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.
10. TIMUN
Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut
11. TOMATO
Hiris tomato dan tekap pada parut.
12. SODA BIKARBONAT
Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.
TIDAK SECEPAT BAHAN KIMIA,
Bahan semula jadi biasanya mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesan parut namun ia dijamin selamat untuk semua jenis kulit sekali gus tidak merosakkan kulit.
Bukan itu saja, petua menghilangkan parut di atas ini juga menggunakan bahan yang mudah didadapati, murah, selamat, dan tiada kesan sampingan.

No comments