Mulai 2018

Mulai 2018, rutin makan vitamin buat Adam dah berubah pada waktu pagi.
Waktu pagi sebelum masuk sekolah agama.
Sebelum ni Mamajura bagi sebelum tidur.
So dah tukar. VitaminC dan Omega juga Vitalea.
Dan bila dah mula bagi pagi ni, soalan dan statement pagi-pagi pon pelik. Ligat otak berfikir gamaknya.
“Mama, nanti Adam besar, Professor Comot dah tua. Adam pula boleh jadi Professor Comot kan?”
Suka sangat layan Sains Comot. Geram je mama nak rebonding rambut Prof tu.

No comments