Easy box poslaju.

Berita gembira buat warga PPUM.
“Abang, nak tanya sikit boleh?”
“Boleh. Tanya la”
Sambil abang posmen sedang memasukkan barang kedalam Easy box.
“Kenapa ada barang masuk dalam Easy box dan ada yang sampai je pada pengguna?”
“Ooooo, satu hari kami kena masukkan 40barang kedalam Easy Box ni. Kena penuh semua pintu ini”
“Tapi barang saya kadang-kadang dok dalam ni, kadang-kadang sampai”
Penat tau kiteeeee
“Kami kena pilih random. Nasib-nasib kak”
“Padan la nasib saya kadang ong kadang tak ong”
“Saya terus terang dengan akak ye, 1 hari 600-800 parcel kena hantar kat UM dan PPUM”
Tetiba akak jadi simpati. Hahahahahaha..
“Tapi akak jangan risau, nanti akan dipasang Easy Box di PPUM”
“Kalau akak nak pos barang kan, akak tulis kat plastik tu <Jangan letak di Easy Box> boleh tak?”
“Ada orang buat macam tu, kalau kami perasan kami tak letak”
“Yahooooo, akak nak tulis pakai pen Pink la”
“Akak boleh cuba, hehehe”
Bagus la Abang Posmen ni melayan soalan MJ. Walaupon dia ada berbakul bakul barang nak masukkan dalam van pula.
Gitu ceritanya, so rasa marah dan geram terubat la juga.
Fungsi sebenarnya lebih memberi kemudahan kepada mereka yang tiada dirumah bila parcel sampai..
tapi tak apa la bang, MJ try tulis <Jangan letak di Easy Box>

No comments