9 perkara yang anda tidak tahu tentang paraben.



#1 Digunakan secara meluas dalam industri kosmetik dan penjagaan kulit. Bertindak sebagai bahan pengawet dalam deodorants, lotion, lipstick, shampoo, skrub wajah, dan banyak lagi.

#2 Ada kemungkinan ia merbahaya kepada anda.
Paraben adalah mimik kepada estrogen wanita. Oleh itu, ia boleh menyebabkan kanser payudara. Dan ada juga partikel paraben didalam jantung, hati dan otak. Menakutkan bukan?

#3 Anda boleh katakan “selamat tapi tiada maaf bagimu”
Jika anda ingin mengambil risiko, boleh. Tapi ada beribu jenis barangan kosmetik yang free-from-paraben. Kenapa tidak bertindak?

#4 Ia bukan rakan baik rambut anda.
Kering, gatal, warna rambut semakin luntur dan anda makin botak.

#5 Tapi paraben juga bagus untuk menghilangkan minyak.
Ya, tapi ada alternatif lain seperti produk yang berasaskan buah-buahan dan tumbuhan. Itu lebih baik.

#6 Baca label anda.
Ia tidak dinamakan hanya paraben. Nama panjang dik oi. Methylparaben, butylparaben, propylparaben. Dan lebih mengelirukan, Alkyl parahydrixy benzoates.

#7 Masih ada yang lain.
Cari alternatif daripada pengawet jenis paraben. Contoh ethylexyglycerin, phenoxyethanol. Plant-based dan semulajadi dari alkohol. Lebih baik dari paraben.

#8 Berpada-pada.
Jikalau anda sudah terjebak dengan “mereka”. Perlahan-lahan kita tukar dan jika masih banyak dan sayang, alternatifkan penggunaan nya. Sampai habis. Tak guna nanti rugi kan?

#9 Industri kosmetik di US banyak yang “mengharamkan” paraben dalam produk mereka. Kesedaran mungkin?

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik 

No comments