Showing posts with label Featured. Show all posts

Set Kurus paling 'AWESOME"

Siapa nak kurus? Jom MJ share cerita best.

Kurus yang sihat itu menjadi idaman semua orang. Bukan kurus keding macam tak cukup makan dan zat. Bila kurus, banyak perkerjaan jadi mudah. Termasuk ibadah kepada Allah SWT.

Sekarang ni cerita Intermittent Fasting paling hot. Tetapi Intermittent Fasting dengan supplement amat lah membantu dan memudahkan urusan kita.


SET HELLO NEW YOU yang sangat popular dari Shaklee.

HELLO NEW YOU SET.

Sebelum MJ story mory tentang set ini dengan lebih jauh, U ols nak tengok proven result?




My favorite supplement adalah Lecithin dan Omega Guard. 

Lecithin membantu dalam "membawa" lemak baru keluar dari badan. Juga membantu dalam membakar lemak makanan.

Info menarik - Lecithine akan membakar dengan lebih cepat, jika disertai dengan senaman yang bersesuaian

Omega Guard pula special. Yang paling MJ suka cerita adalah Omega Guard mempunyai choline yang juga bagus untuk otak, neuro dan jantung. Membakar lemak supaya tidak ada masalah kolesterol. Omega guard juga berfungsi membakar lemak dalam badan.

Info menarik - “Gabungan Omega dan Lecithine akan mempercepatkan proses menurunkan berat badan”.




Herblax. wahhhh... ini orang kata julap semulajadi dalam produk Shaklee. Memang berkesan seawal 2 hari pengambilan. Herblax ni bagi MJ sendiri berfungsi dalam masa 8 jam. haaaa, kalau nak plan travel atau kemana-mana dalam 8 jam tu, better tangguhkan dulu pemakanan. Bukan apa, nanti jenuh nak cari tandas. Lepas 'operasi" berlaku, memang rasa lega dan kosong je perut. SUPERB. Plus, siapa yang ada masalah sembelit ni memang sesuai.
Lagipun, usus yang sihat yang dan 'bersih' dari toksin sangat bagus dan membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Kerana usus yang bebas toksin sangat mudah menyerap nutrisi yang baru masuk.


Info produk - “Herblax elok diambil sebelum tidor kerana proses DETOX berlaku dengan sempurna ketika tidur”

Dalam Herblax ada campuran daun Senna. Daun Senna ini telah wujud dari zaman Nabi Muhammad SAW.

Tidak sah nak jaga berat badan tanpa pengambilan protein, Protein soya lebih mudah dihadam oleh badan. Dan dalam set NEW YOU ini ada CInch Chocolate yang enak banget.

Info produk - "Pembinaan otot yang sihat menghalang  Kitaran Diet Yoyo”

Perbezaan antara whey dan soy protein.

Vivix mempercepatkan proses kurus.
Vivix mempunyai effect anti angiogenesis yang kaya dengan resveatrol yang kaya dengan polyphenol. Yang ada potensi penyembuhan. Juga anti-oksida, anti diabetic, anti inflammatory. Anti diabetic yang bagus untuk pankreas. Bila pankreas sihat, insulin dan metabolisma akan kembali normal dan baik.
Anti angiogenesis bantu untuk bantu cut-off salur darah yang ada lemak. Oleh itu, ia membantu dalam masalah berat badan, 

Vivix juga bantu dalam craving gula. Signal pada otak sampai untuk tidak craving gula.



Cara Pengambilan item dalam Set Kurus Hello New You Shaklee.

Herblax:
4 biji sehari di ambil sebelum tidur.
( Proses detox berlaku lebih efisien pada waktu badan rehat dan bagi MJ biasa dalam 8 jam).
Lecithin:
6 biji sehari di ambil sebelum makan:
2 biji sebelum sarapan,
2 biji sebelum makan tengahari,
2 biji sebelum makan malam. 
ATAU
3 biji sebelum makan tengahari,
3 biji sebelum makan malam.

Omega:
6 biji sehari di ambil selepas makan:
3 biji selepas makan tengahari,
3 biji selepas makan malam.


Cinch Chocolate:
2 kali sehari diambil sebagai sarapan pagi dan makan malam.
( Cinch merupakan meal replacement yang sihat dan enak )

Vivix:
1 sudu teh sehari di ambil sebelum sarapan .

Terima kasih kerana membaca ya. Kita jumpa di entry seterusnya.

Ohh ya, boleh singgah baca info kurus dan sihat di sini tau. Seronok sangat! 
LOVE,
Mamajura.

 









"Intermittent fasting"

 Apa itu “Intermittent fasting”?




PENGENALAN.

Apa ni sana sini asyik cakap tentang IF atau “Intermittent fasting”. “Intermittent Fasting” bukanlah sejenis diet atau makanan untuk berbuka puasa.

“Intermittent” dalam Bahasa Melayu bermaksud terputus-putus. Hahaha.. comel kan.

Terputus-putus puasa. Atau puasa sekejap-sekejap kata orang. Ada yang kata puasa berkala. 

Intermittent Fasting (IF) mula mendapat popularity apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sejak tahun 2010, carian “Intermittent Fasting” di online meningkat sebanyak 10,000 peratus. 

Amazing!

Awal-awal dulu MJ pun ada mindset yang IF ni pelik. Apa benda lah puasa sekerat-sekerat. Kan lebih baik puasa je. Dah macam style orang Hindu puasa tapi boleh minum air. Bukan dapat pahala pun puasa gaya gini. Buang masa, buang kudrat je.

Ye la, ilmu tak kaji lagi. Mumayiz kata orang. hehehe

Ada orang kata, “buat apa IF, puasalah betul-betul. Mana aci boleh minum air”

Mereka yang berkata dan berfikiran begitu, mesti tidak faham dan tahu apa itu IF.

“Intermittent fasting” lebih kepada satu gaya atau corak dalam pengambilan makanan yang lebih teratur mengikut batas masa yang telah ditetapkan dengan tujuan mendapatkan kebaikan dari berpuasa.

Sebenarnya waktu tidur juga kita sedang berpuasa kerana waktu makan terakhir dengan waktu makan seterusnya dah terjarak lebih lama cuma kita saja tidak beranggapan ia sebagai berpuasa.

Sebab itu, bila kelapangan pada hujung minggu kan, MJ suka ambil masa lebih untuk tidur siang. Bukan apa, masa weekdays kan bekerja, tak ada masa nap lama sikit waktu siang. Ala, orang kata acah acah healing.

eh! tidur pun healing for me.

okay, back to IF stories la..

Banyak kebaikkan yang boleh diperolehi daripada berpuasa. Malah dalam ajaran islam pun diwajibkan umatnya berpuasa selama sebulan jika tiada keuzuran. Dan dalam Islam juga ada puasa sunat Isnin dan Khamis juga puasa Nabi Daud. Betul, berpuasa adalah menahan diri dari makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan

Untuk mempraktikkan “Intermittent fasting” amat mudah dan praktikal. Kita bebas untuk memilih masa dan memilih tempoh jam berpuasa dan boleh dipraktikkan sama ada ingin minum air atau tidak semasa berpuasa.

Tapi tak semua mampu nak puasa Isnin Khamis, Puasa Nabi Daud boleh follow IF.




JOM MJ share diantara kebaikkan berpuasa:-

💥 Membantu proses detox

💥 Menurunkan paras gula dalam darah.

💥 Memperbaiki fungsi insulin

💥 Meningkatkan metabolisma

💥 Menurunkan berat badan. 

💥 Mengawal rasa lapar. 

💥 Mengurangkan keradangan dan risiko penyakit kronik

💥 Memperbaiki fungsi otak

💥 Meningkatkan daya ingatan

💥 Memperbaiki kesihatan usus

💥 Memperbaiki sistem imun

💥 Mencantikkan kulit

💥 Mengaktifkan proses autophagy



MACAM MANA NAK BUAT?

Kajian mengesyorkan kita berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih (jika mampu) untuk memaksimumkan manfaat berpuasa. Terdapat pelbagai jenis atau cara melakukan IF.

IF 12/12 : bermaksud 12 jam tempoh berpuasa, 12 jam had waktu makan

IF 16/8 : bermaksud 16 jam tempoh berpuasa, 8 jam had waktu makan

Untuk Newbies (yang baru bermula) atau ibu menyusu boleh mulakan IF 12/12 dahulu.

Nak buat lebih 18 jam atau 20jam pun boleh. 


FASTING WINDOW.

Dalam fasting window IF anda boleh minum (minuman yang dibenarkan sahaja) tetapi tidak dibenarkan untuk makan. 

Waktu berpuasa bergantung pada Pelan IF yang anda pilih (12/12), (16/8) atau (20/4)

Ini MJ selitkan apa yang boleh minum.



APA PULA FAEDAH IF?

Faedah IF antaranya : 

• Fokus untuk mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat ke dalam kehidupan anda.

• Belajar cara menguruskan tabiat makan anda.

• Meningkatkan kawalan dan disiplin diri.

Sekiranya dilakukan dengan betul IF membantu untuk penurunan berat badan, membantu pesakit diabetes menstabikan gula dalam darah, menurunkan kolestrol dan banyak lagi manfaat terhadap kesihatan.

MJ perasan prubahan setelah sebulan berIF ni. Inch loss, selera makan tersekat. OH NO! hahah.. biasa boleh habiskan sepinggan kuey teow, ni nak habis kan pun semput dan mengah. 

MJ rasa inch loss tu paling best! Loose je seluar dan lengan baju.


APA YANG BERLAKU SEMASA INTERMITTENT FASTING?

Jika selama ini kita makan sehari 5-6 kali sehari, dalam IF fokus utama mengurangkan kekerapan makan kepada 2-3 kali sahaja. 

Jika selama ini kita biasa makan lewat malam dan kerap mengambil snek atau jajan, dalam IF anda hanya perlu ubah masa anda untuk makan malam lebih awal dan elakkan mengambil snek. 

Mungkin agak susah pada peringkat awal, tetapi alah bisa tegal biasa. Nak turunkan berat atau nak sihat pasti memerlukan sedikit pengorbanan atau lebih tepat disiplin diri. 

BETUL kan?

Kata orang, nak gemuk mudah sangat. Nak kurus tu susah dan semestiya memerlukan komitmen yang power!

Dalam IF anda boleh pilih sendiri berapa jam kita mahu berpuasa (fasting window) dan berapa jam masa untuk makan (eating window).

Ingat MJ cerita sebelum ini, waktu tidur malam pun dikira waktu berpuasa IF! So, boleh la tidur lama sikit. OOPPSSS!

Dan semasa fasa berpuasa IF, Anda boleh minum Air kosong, kopi kosong, teh hijau atau Cinch Tea (minuman tanpa kalori). Semuanya tanpa gula ya! 






STYLE MANA YANG PALING BERKESAN?

Plan 16/8 lebih effektif berbanding 12 jam untuk menurunkan berat badan dan Plan asas untuk dapat impact paling cepat!

Selepas puasa 16jam, badan kita berkerja sebagai "Mesin Pembakar Lemak!" Wow bestkan!

Apa akan jadi selepas 16 Jam?  

  • Insulin lebih stabil, kurangkan risiko diabetes
  • Pembakaran lemak lebih efektif, lebih bertenaga, berat badan turun lebih cepat
  • Mengurangkan trigeliserida, mengurankan oksidadi kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Leption dan Ghrelin lebih sensitif, lebih mudah kawal lapar
  • Human Growth hormone meningkat, metabolisma turun meningkat
  • Mengurangkan inflamasi - mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Mengurangkan radikal bebas. Detoksifikasi lebih efektif. Lalu meningkatkan potentsi panjang usia dan awet muda
  • Meningkatkan daya ingatan dan mengelakkan penyakit Alzheimer

Namun untuk ibu menyusu ekslusif (baby bawah 6 bulan) atau ibu hamil dengan GDM (Pesanan ni incase masa depan korang hamil dan mahu buat IF untuk kawal gula dalam darah) boleh laksanakan Plan 12/12. Ibu menyusu bayi secara ekslusif tidak digalakkan melakukan IF melebihi 15 jam. Berbuka jika tidak mampu.  

Mereka yang ada masalah diabetes, gastrik, atau masalah kesihatan yang lain mulakan dengan plan basic 12/12 dahulu ya.

Apabila kita berada dalam tempoh makan, jangan lupa untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi dan mempraktikkan gaya hidup sihat untuk memaksimumkan manfaat kesihatan berpuasa.


Jom ikut posting seterusnya mengenai IF. #Intermittentfasting

Cukup la dulu pengenalan manja-manja, u ols boleh sambung baca mengenai Intermittent fasting lagi. 

Adrenalin rush betul bila cerita pasal IF ni.

Terima kasih kerana membaca.


Kita jumpa lagi di posting seterusnya.

love, 

MJ


#blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023




Penuaan yang sihat dengan Vivix.



Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti mampu melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.

“Kajian unggul yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutaman anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan”

Terdapat 3 kebaikan Vivix.

#1 Mengandungi resveratrol yang sangat tinggi. 10 kali ganda dari tinggi dari kandungan “wain merah”. Lebih 3000 kali ganda baik ðŸ˜œ

#2 Tidak mengandungi alkohol, tiada pewarna tiruan serta perisa tambahan. Vivix tiada gula. Semut pon tak datang dekat Vivix.

#3 Vivix sah halal oleh Jakim. Jangan risau dan was was.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Rahsia cantik Fazura



Ramai yang masih tak boleh move on kan? hihii.

Bersemut wall dengan #fattzura lagi ni..
Mamajura sempat interview Puan Fazura (jangan percaya)

Meh kita tahu apa rahsia kecantikan dia 

1. Apa maksud cantik bagi anda?
Cantik itu apabila kita sentiasa percaya kecantikan adalah milik Allah dan segala pujian hanya milik-Nya. Cantik itu sebenarnya hati kita.

(True kan, hati cantik, cantik lah orangnya)

2. Siapakah ikon cantik anda?
Angelina Jolie kerana kecantikannya tulen dan effortless. She has a big heart that shines so brightly physically.

3. Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Two way cake foundation, gincu dan bedak tabur berkilau. Saya sangat suka solekan seperti gincu bibir yang cantik daripada Avon Absolute yang membuatkan hidup jadi lebih berwarna.

(Duta Avon)

4. Apakah masalah rambut terbesar anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?
Rambut kering dan bercabang. Perapi tidak cukup untuk rambut saya, jadi saya menyapu pupur rambut Wella setiap hari supaya rambut lebih ringan.

5. Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?
Setiap hari saya menggunakan bar Nutox Miracle diikuti serum Bird’s nest. Astringen yang bertindak sebagai penyegar diikuti Solar Block SPF45.

(Duta Nutox

6. Anda percaya dalam pengambilan pil vitamin atau makanan tambahan?
Saya sama sekali tidak percaya pada produk yang menggunakan campuran yang banyak kerana boleh memudaratkan kesihatan. Kini, terlalu banyak produk yang membuatkan kita ghairah untuk cantik dalam hanya beberapa hari. Pengambilan vitamin C 1000mg diikuti l-glutathione, evening primrose oil dan pil antioksida sudah cukup untuk kulit. Pengambilan vitamin rambut seperti pil herba Shen Min dari GNC atau Hairfinity pula untuk kesihatan rambut.

(haihhh, geram je nak bagi Shaklee)

7. Anda mengamalkan sebarang diet?
Makan sedikit sebanyak enam kali sehari. Amalkan minum air panas perahan lemon atau teh hijau setiap pagi dan malam. Elakkan makanan berminyak dan lebihkan makanan yang mempunyai bahan anti oksida.

Boleh try u ols! Simple!

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Bunga dan khasiat.


Aura 7 bunga. Biasa dengar kan?
•’Red Rose’ atau Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi. Romantik gituuu.
•’White Rose’ atau Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri
•’Magnolia’ atau Cempaka putih - melembutkan dan mewangikan badan
•Bungong Jeumpa Gadeng’ atau Cempaka kuning - menyerikan dan mewangikan badan
•’Jasmine’ atau Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman
•’Ylang Ylang’ atau Kenanga - menaikkan seri dan senang didekati
•Limau purut jangan lupa.
Tak silap MJ, Mustika Ratu ada jual air mawar. Boleh la buat u ols.
Cara yang sebetulnya, campur kan semua bunga, air mawar dan limau dalam satu baldi. Rendam semalaman tau. Buang daun dan duri nya tau. Kang ada pula luka kena duri bunga mawar.
Sebelum mandi bunga tu, u ols mandi la dulu dengan sabun. Mandi buna ni bilasan terakhir je. Jangan beriya sangat tak sabun. Kang aura ke mana, busuk ke mana. ðŸ˜œ
Mandi waktu pagi dan tak perlu bilas. Biar je bau bunga itu. Tapi kalau ada terselit kelopak bunga kat memana, buang la tau.
Selamat mencuba.