Showing posts with label Shaklee Bukit jelutong. Show all posts

Pengedar Shaklee Shah Alam , Petaling Jaya dan Sungai Besi.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua 🥰

Halu, nama diberi Izura Mohamad Sobri. Nama 1 je. Izura je.. nak pendek lagi ada panggil Ijur, Iz, Zura pun okay je. Nama kat rumah kak ngah atau deqya. Nama komersial Mamajura atau MJ. Tapi anak Shaklee panggil mama. Terasa keibuan sangat 😂 panggil apa je tak kisah. Jangan panggil “Oi Minah” dah la. Kecil hati kita.

MJ seorang yang bekerjaya. Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Telah berkhidmat selama 15tahun di Makmal Anatomi Patologi. Bekerja 8pagi - 5petang.

Juga seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang menyenangkan hati dan soleh. Kacak pula tu! Juga seorang isteri, dan mempunyai 4 orang adik beradik kepada sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Pengalaman bersama Shaklee sangat banyak. Antara yang boleh dijadikan inspirasi kepada anda adalah saya seorang yang bekerja di makmal yang sangat sibuk.

Sentiasa berkerja dengan sarung tangan, organ badan manusia, manusia hidup, mayat, darah, tinja, bahan kimia merbahaya dan pisau. Jarang ada masa menghadap telefon.

Ye la, telefon adalah medium utama kita berbisnes zaman sekarang. Jenguk manja-manja je.

Bila waktu pulang dan ke kerja pula, orang KL ni dah lali dengan jem. Lali tak lali la kan, masa di perjalanan pun sudah makan masa lebih kurang 2 jam setiap hari.

Bagi orang bisnes, masa itu adalah duit. 

Sampai ada ketika, MJ ajar Adam replykan whatsapp yang penting. Bagus kan. Besar sikit, boleh jadi PA mama. Mama bayar gaji lumayan siap pakej kenyang sampai malam.

Belum sampai rumah lagi, dengan kerja rumah. Kerja sekolah anak. Tak campur dengan penat kita.

5 tahun tinggal bersama di rumah mama dan papa. Bila terdetik di hati nak ada rumah sendiri. Pada masa itu, MJ betul-betul lebih aggresif dan bersemangat untuk mengumpul dana untuk ke rumah baru. 

“Aku tak boleh usik duit gaji untuk beli barangan untuk ke rumah baru. Mesti kena cari duit tambahan”


Zass! Berdesup MJ kumpul dana dan memulakan tabung rumah.

Sokongan dari suami pada mula berbisnes 7tahun agak hambar. Ye la kan, MJ ada gaji yang tetap setiap bulan. Kenapa nak berbisnes lagi? Buat susah diri dan penat je kan. Tetapi setelah beberapa bulan membuktikan MJ berjaya menggapai 4 angka sebulan secara konsisten, pada masa itu baru ia nya mendapat restu dan dengan rela hati mengizinkan sang isteri aktif berbisnes.

Manakan tidak! Kereta Jazz kami guna payslip Shaklee tau. Pada masa itu juga, sokongan bertambah kuat dan MJ lebih bersemangat meneruskan kejayaan legasi Magnificent Jewels.

Sekarang kereta Alza untuk papa hasil duit bonus Shaklee juga.

Menangis. Ketawa. Suka. Duka. Sakit.

Ada ketika anxiety pun boleh muncul bila kita terlalu mahu menggapai apa yang kita nak dalam Shaklee. 


Mana tak, mimpi eksiden kena hempap dengan ESP dari langit pun ada. Merasuk dalam jiwa kan bila kita memberikan jiwa dan hati dalam apa yang kita usahakan.

Dan paling terbaru, (ini rahsia tau) MJ terbangun dengan terkejut dari mamai bius buat operation masa 3hb Jan 2022. Kes nya kan, MJ kalut ambil order Vivix. Terkejut nurse tengok MJ bangun terduduk. Masa tu, soalan pertama “Nurse, hari ini hari apa? Pukul berapa?” Sebab takut terlepas promosi Vivix. Hahahah. 

Magnificent Jewels adalah sebuah legasi Shaklee yang MJ bina dengan sepenuh hati dan jiwa. Ia bagaikan satu ukhwah atau sisterhood kata orang yang lebih dari bisnes.

Yang MJ perasan kebanyakkan ahli Magnificent Jewels adalah berkerjaya. Dan kami boleh buktikan yang bekerja dan berbisnes bukan satu halangan untuk berjaya.

Tips yang MJ nak share di sini adalah :


💥Set target harian, mingguan dan bulanan. Tulis dan sentiasa ingatkan diri sendiri tentang target itu. Capai dan pastikan ia dibuat. Baru lah hati ini rasa “Ya Allah, aku dah usaha. Hanya Kau yang Maha memberi ganjaran buatku. Kau tunjukkan aku jalan kearah kejayaan atas usahaku ini”

💓Wanita bekerjaya ni sebenarnya bonus tau. Bonus sebab anda meng”expose”kan diri kepada dunia realiti. Bukan semata dunia media sosial sahaja. Anda adalah “walking testimonials”. So buktikan dari segi pembawakkan diri anda di dunia realiti iaitu waktu bekerja. 

💪Luangkan masa menambah ilmu tidak kira membaca buku atau dengar ceramah motivasi atau agama. Bukan bila ada masa terluang baru nak buat. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu. 



MJ berpangkalan di TTDI Jaya Shah Alam, bekerja di Petaling Jaya di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Universiti Malaya. Boleh nak COD di Kuchai Lama dan Sungai Besi juga. Banyak lokasi MJ cover. boleh dikatakan seantero Malaysia.

U ols boleh tengok list PENGEDAR SHAKLEE di sini lagi.

Izura Mohamad Sobri, 

MJbyMJ

Founder of Magnificent Jewels,

Coordinator at Shaklee

Certified Skincare Consultant by Puan Mary Training Cube


*Success is no accident. It is hard work, focus, learning, sacrifice and most of all, love of what you are doing. So, don't be afraid to fail at first, because you'll get there sooner or later


Ps://🍉🍉 always in my heart 


#60daysChallenge

#TerusBersinar

#ShakleePPUM

#ShakleeTTDIJaya

#ShakleeBukitJelutong

#ShakleePPUM

#ShakleeUM

#ShakleePetalingJaya

#ShakleeShahAlam

#ShakleeSungaiBesi

#ShakleeKuchaiLama

#ShakleeSubangJaya

#Shaklee2023


PERFECTING SKIN TONER YOUTH



  • ~ Menenangkan kulit muka
  • ~ Melegakan kulit
  • ~ Menghidrat
  • ~ Meremajakan kulit
  • ~ Pembersihan dua kali


#YouthbyMJ


Sayang nya kat anak kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sering kali kita di kejutkan dengan kematian atau kemalangan melibatkan kanak2. Sakit hati? Geram? Sedih? Bercampur baur perasaan kita..

Ok, berkaitan dengan anak, saya nak cerita tentang set kesihatan anak anak. MEALSHAKES, CHEWABLE VITAMINC, OMEGA..
Anak bujang saya makan semua tu. Tak tolak pon..


Kebaikan MEALSHAKES
♡ anak kurang demam atau jarang
♡ aktif dan bertenaga
♡ tidak sembelit
♡ sedap sebab anak saya suka sangaat.


Kebaikan CHEWABLE VITAMINC 100mg
♡ sedap rasa oren
♡ seperti yang kita tahu vitaminC mengikatkn antibodi. InshaALLAH anak kurang di jangkiti bakteria penyebab penyakit.
Sehari saya beri 2biji vitaminC.
Mak budak atau bapak budak boleh makan jugak.. tapi lebihkan dosage.


Kebaikan OMEGA
♡ terkenal dengan minyak ikan yang membantu perkembangan IQ dan minda kanak2.
Seminggu hanya 1 atau 2 biji sahaja.


                                                    









anak saya.. Muhammad Adam Harith masa umur 3tahun.. 






 Btw, health makes you pretty
  Izura
     0126647809

The power of ESP

Produk berkualiti tinggi InshaALLAH berkesan dan selamat untuk pengguna.
Dihasilkan dibawah Identiti-Perservation-Program IPP.
Refer entri sebelum ini.

Semulajadi
Tiada perisa tiruan, bebas gluten, bebas yis, tiada pewarna tiruan dan bahan pengawet.
Tiada asid keran sesetengaj produk soya berasid dan memberi kesan gastrik.

Mengandungi pelbagai vitamin
Pelbagai vitamin yang berguna untuk keperluan harian kita.

Awet muda
Asid amino yang terkandung dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar dan pelbagai lagi.
ESP adalah kunci kepada otot yang muda dan juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Pendek kata, mencantikkan, menghaluskan dan meremajakan kulit.

Kulit lebih licin dan sekata
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan melembutkan kulit.
Pengambilannya turut mempercepatkan pemulihan luka dan parut.

Hormon berasaskan tumbuhan semulajadi
Kandungan soya- kaya dengan isoflavon. Bertindak baik dengan hormon wanita.
Bantu wanita dalam proses menopous.

Mengawal penyakit
Ia juga membantu menurunkan paras kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi, an mengelakkan risiko osteoporosis.

Pembekal tenaga segera
Mengurangkan masalah keletihan, tidak cukup tidur, migrain, stress.
Ia juga sumber bekalan yang konsiten.
Asid amino di dalam soya menukarkan makanan kepada tenaga yang lebih efektif.

Memulihkan pigmentasi
Rambut putih dan uban lambat keluar :)
Mengurangkan masalah rambut gugur, mengurangkan pigmentasi, jeragat atau freckles

Meningkatkan memori
Ingatan lebih kuat, cergas.

Meningkatkan fungsi lelaki dan wanita
Elemen genisten dalam soya terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan radikal bebas dalam sel tubuh badan.
Ia juga bertindak menjaga ovari, prostat dan kitaran haid

Manfaat dalam melambatkan pertumbuhan sel kanser

Membantu ibu menyusu
Dengan tenaga yang ada dan tubuh yang sihat, Pengeluaran susu lebih berjalan lancar. Ibu2 perlu ingat, konsep supply-demand. Bila badan sihat-anak menyusu-bila anak menyusu-stimulation bertambah-so badan sihat, kerap menyusu dan pam, susu meriah!

Menghentikan sel2 lemak dari bertambah
Soya yang rendah kalori dan membantu dalam pengurangan berat badan.
Rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol.

Manfaat untuk yang
☆ baru menjalani pembedahan
☆ ibu menyusu
☆ yang aktif
☆ sibuk sampai tiada masa nak breakfast, lunch atau dinner
☆ masalah kulit
☆ bantu penurunan berat badan

antara testimoni ESP dari pelanggan saya ;) 















Btw, health makes you pretty,
Izura
0126647809

Omega guard

Selamat petang  :) 
Hari ni saya telah closing 3 botol omega guard. Ketiga-tiga nya mempunyai masalah darah tinggi dan obesiti.
Nak story kebaikan Omega Guard SHAKLEE. Omega Guard ni di perbuat dari minyak ikan terbaik. Kualiti yang tidak sangkal lagi.

Best untuk org yang nak menurunkan berat badan sebab ia juga melawaskan. Melancarkan peristalsis iaitu pergerakan usus. 

Ada jugak kawan saya kata "babe, aku tak craving coklat atau kek dah bila nak period" nafsu terkawal disitu..

Anak kecik pon bole makan. Anak saya suka makan Omega Guard ni, katanya ^vitamin belon^. Sebab Omega guard ini berbentuk capsule. Ada cecair di dalam nya. Tapi sekali pecah, perghhh.. baik buang je la baju. Busuk yang amat. Well they say, beauty is pain. So now, beauty is smelly..

Apa itu LDL cholesterol?
LDL cholesterol adalah low density  cholesterol. Dan lebih di kenali dgn bad cholesterol atau kolestrol jahat!!! Bila LDL tinggi, ia boleh di kaitkan dengan masalah kesihatan seperti masalah jantung dan jenis penyakit jantung yang berkaitan.


Kenapa LDL cholesterol jahat?
Kerana LDL cholesterol boleh membawa kandungan jahat itu yang kebanyakkannya molekul lemak dan minyak tepu kedalam salur darah dan dinding salur darah. Ia juga menarik bendasing atau macrophages dan membawa kepada atherosclerosis.


Apakah itu HDL cholesterol?
High density cholesterol atau cholesterol baik atau healthy cholesterol.Good ones..
Ia menyahkan molekul lemak dari bendasing atau macrophages dari salur darah atau dinding arteri.

Lagi satu, jgn ingat org kurus takde masalah cholesterol ok. Hidden ones tu yang kita tak tahu. Tgk2 check darah? LDL tinggi..
Kalau check, tinggi? Pm akak k. :)
bukti penurunan kolesterol




Btw, health makes you pretty
izura
0126647809


VITAMIN - C

VITAMIN-C


Basic sangat Vitamin ni. Setiap rumah perlu ada walaupon sebotol VitaminC ni. Teramat la basic. Kalau anak2 kita beri minum Scott Emulsion ;) so ibubapa SHAKLEE Sustained VitaminC la 500mg~

Vitamin C~ penting dalam meningkatkan sistem imun dan merupakan  komponen kolagen,dan semestinya membantu tulang dan gigi agar kekal kuat dan sihat.
JOM saya cerita lebih lanjut ;)



Kenapa perlunya VitaminC?
~Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan Kolagen berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


~Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.


~Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


~Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


~Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.









Tanda-tanda badan kita kekurangan vitamin C:

- Gusi berdarah
- Gigi rapuh - kekurangan vitamin c menyebabkan kalsium sukar diserap oleh tubuh jadi walaupun minum susu banyak, tapi vitamin c tak cukup pun gigi jadi rapuh
- Senang lebam
- Sendi sakit dan bengkak - extra dos vitamin c melegakan bagi orang yang berpenyakit Arthritis
- hidung berdarah
- Anaemia
- Senang dijangkiti penyakit
- Luka lambat sembuh
- Rambut kering dan bercabang
- Gingivitis (gusi bengkak)
- Kulit kasar, kering dan bersisik – pada tumit kaki dan siku.
- Kulit tidak bermaya
- Sembelit


Dr  Zubaidi mencadangkan bagi sesiapa yang ingin mengambil vitamin C sebagai suplemen agar mengikut dos yang dicadangkan dicadangkan di Amerika Syarikat.
Individu
Dos yang dicadangkan (mg/hari)
Lelaki dewasa (lelaki)
90
Lelaki sewasa (wanita)
75
Had maksima yang dibenarkan (lelaki dan wanita)
2000

Info tambahan:
Bagi perokok, dos yang dicadangkan ialah penambahan 45mg dari dos yang dicadangkan.  
Kanak-kanak yang berumur satu hingga tiga tahun, tidak dibenarkan untuk mengambil dos melebihi 400mg. 
Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun pula tidak harus mengambil vitamin C tidak melebihi 650mg. 
Kanak-kanak berumur 9 hingga 13 tahun tidak harus mengambil vitamin C melebihi 1200mg
Bagi wanita hamil dan menyusukan anak pula, dos yang dicadangkan ialah 85mg sehari dan tidak harus mengambil 1000mg sehari.



Tidak di sangkal lagi kebaikan VitaminC kerana ada je artis Hollywood atau Malaywood sendiri mengambil suntikan VitaminC. Cucuk kat pipi, bahu, muka, badan la.. sekali cucuk kalau tak silap rm150 selama 4bulan. Vitamin C bukan untuk perempuan sahaja. Lelaki juga perlu Vitamin C ni dalam diet seharian. Kalau makan 1 biji vita-c 500mg tu sama macam kita makan 7 biji buah oren. 7 biji buah oren .1kg oren rm7 kot. Walhal 1 biji vita-c 500mg ni hanya 40sen hee. masih berkira?


                                                Btw, health makes u pretty

                                                               Izura