Showing posts with label cantik. Show all posts

Jeragat part 3

Penyebab pigmentasi. Kita harus tahu penyeban sebelum mencegah kan. Sambung #kulitkeringkulitberminyak

Sinar ultraviolet (UV)
Sinar matahari merupakan penyebab utama terjadinya pigmentasi. Penggunaan sunblock sangatlah penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV
Hormon
Hormon juga merupakan salah satu penyebab timbulnya pigmentasi. Biasanya yang menjadi penyebab adalah hormon estrogen, progesteron, dan MSH. Pigmentasi ini biasanya terjadi pada ibu hamil, yaitu pada trismester ketiga, dan juga pada pemakai pil kontrasepsi.
Ubat
Ubat-ubatan juga berpengaruh pada kulit. Ya, ubat-ubatan akan menyebabkan timbulnya pigmentasi atau jeragat di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik, dan minosiklin maka jeragat akan muncul.
Genetik dan keturunan
Faktor genetik juga mempengaruhi kesihatan kulit. Jika keluarga anda memiliki pigmen jeragat, adalah normal jika pigmentasi terjadi pada anda. Menurut doktor kulit, timbulnya jeragat kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20-70 peratus. Selain itu faktor keturunan juga punca timbulnya jeragat atau pigmen. Biasanya ia dijumpai pada golongan hispanik dan golongan berkulit gelap.
• Produk Kosmetik
Beberapa jenis kosmetik juga dapat mempengaruhi terjadinya pigmentasi, terutama pada kulit wajah. Segala jenis kosmetik khususnya yang mengandung pewangi atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti kulit.
• Pencemaran udara
Sangat penting bagi kita untuk menggunakan pelindung kulit ketika keluar rumah. Ini penting agar risiko pigmentasi akibat pencemaran udara tidak berlaku.Pencemaran udara juga menjadi penyebab terjadinya jeragat atau pigmen. Terbentuknya jeragat atau pigmen ini disebabkan sel kita menciptakan antioksidan dan membebaskan melanin berlebihan untuk membasmi kerosakan akibat bahan yang dapat menyebabkan terjadinya iritasi kulit.

Tips best KURANGKAN JERAGAT



Jeragat? Apa itu jeragat?
klik disini untuk info jeragat.






1. LIDAH BUAYA
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

2. AIR KELAPA
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah. (Sedapnya air kelapa) 
😜

3. JANGAN KERAP URUT WAJAH
Bagi yang mengelami masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.

4. JAUHI SINAR MATAHARI
Oleh kerana Malaysia bersuhu panas anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

5. KULIT PISANG
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

6. PUTIH TELUR
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

7. DAUN SIREH
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

8. DAUN BETIK
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

9. HAMPAS KELAPA
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

10. JAGA PEMAKANAN
Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan dari sumber protein dan juga vitamin.

11. PENGGUNAAN SERUM YANG MEGANDUNGI RETINOL ATAU VITAMIN A,
Vitamin A sesuai untuk melambatkan pertumbuhan jeragat dan memudarkan jeragat, namum serum yang mengandungi retinol tidak sesuai digunakan pada ibu mengandung atau menyusu. U ols boleh sambung pembacaan tentang serum di sini. 

Banyak sungguh PETUA HILANGKAN JERAGAT.. boleh cuba mana yang suka.