Showing posts with label my family. Show all posts

Hari Raya Open House

Hari RAYA tak sempurna tanpa open house kan?

Kalau weekend tu, open house dari pagi sampai ke malam la gamaknya kan. Mana yang sempat, boleh pergi. Al-maklum lah kat KL ni, jem betul kalau weekend, nak nak untuk openhouse ni. Waduh- waduh.. berzikir dalam kereta.

MJ kan akan breakfast dulu kat rumah. Minum ESP dulu supaya perut tidak berkeroncong sangat dalam kereta. Juga bagi memastikan diri ini tidak terlalu tamak haloba bila jumpa makanan nanti.

Hahahaha..

ESP ini sumber protein yang mengenyangkan juga. MJ ada masalah gastrik, so minum ESP membantu untuk masalah diri sendiri.

Meh MJ hidangkan gambar tetamu yang datang pada mini open house minggu lepas 7/5/2023 dan beberapa open house yang MJ sempat singgah.












 

ESP ini sumber protein yang mengenyangkan juga. MJ ada masalah gastrik, so minum ESP membantu untuk masalah diri sendiri.

Meh MJ hidangkan gambar tetamu yang datang pada mini open house minggu lepas 7/5/2023 dan beberapa open house yang MJ sempat singgah.

Klik link untuk order.


#ShakleeTTDIJaya #ShakleeShahAlam #ShakleePPUM # ShakleeMalaysia #ShakleePetalingJaya #ShakleePromo #ShakleeSubangJaya #ShakleeThrive2023 #ShakleeBlogMega2023




MELAKA yang best :)

Hai semua ;)
Last week saja ala-ala weekend gateway ..
i and kengkawan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Pagi jam 11pagi kami mulakan perjalanan ke Melaka from KL. Perjalanan Ok saja cuma ada jem sikit2 hat orang buat jalan tu. Biasa lah kan..
Kami Check in di Seri Costa Hotel dalam jam 2petang macam tu.
Booked hotel di Bookong.com saja with breakfast rm150. ok la kan untuk 1 malam. Niat nak berjalan pon.
Yang best nya, dekat sangat dengan Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Melaka Duck Tour, Mc Donalds Mahkota, H&M, shopping complex dan Asam Pedas Newton. Kami tak drive pon.. jalan kaki saja u ols ;)


gambar ihsan Mr Google


 Lepas Check-in, rehat kejap dalam sejam macam tu, kami berjalan ke Newton Food Court. Dalam 10 minit dari hotel kami. Kami lunch di Food Court yang mostly hidangan nya Asam pedas. Orang kat sini memang ramai. Our 1st try Asam Pedas Jr and Catering. Dalam 5 bintang saya bagi 2setengah bintang je la. So-so saja ;)


itu dia Asam Pedas JR

antara hidangan nya. Meriah u ols... tapi kena tanya harga dulu. Kang jack pot, menganga!



Antara yang ada di Asam Pedas Jr ini ;)
Harga ok.. tak sempat snap gamba makanan pon. Lapau bebeno masa ni. Yang saya ingat, 1 pari, 1 kembung, 1 ayam kampung, 1 cencaru bakar dan 1 pinggan ketam. around rm75 ;)
Udang Kara itu rm38 sekor wooooo...


Next pit stop-
Menara Taming Sari. Ihsan Mr google;)



Lepas tu we all terus g Taming Sari. Masa ni kami tengah beratur. Panas + hangat masa nak naik Menara Taming Sari. Masa ni jam 4.30ptg. Tengok
 muka hero.. hahahahhaha..
berlemuih dia masa ni.


Dengan perut penuh dan kekenyangan nya. 
Seorang Dewasa rm10 dan Adam rm5 saja. Panas dan ramai manusia. Biasalah baru start cuti sekolah. Tapi kami gagah juga sebab dah sampai depan mata ;)


Papa + Mama + Hero.
Kami wefie atas Taming Sari ini ;)
Hero ni tak takut pon tengok bawah walaupon tinggi.
selamba je dia. Tahniah kat papa adam sebab tak takut pon. Yey.. 
Dalam menara ni ala2 solero shot je. Tapi slow je u ols. Tak seram mana pon. Its fully air-conditioner. Sejuk dalam menara ni ;)


permandangan Hotel kami dari atas Menara Taming Sari ni.


Lepas turun Taming Sari dalam jam 5ptg, kami menghabiskan masa di taman permainan sebelah Menara Taming Sari ni. Sebab nya kami dah beli tiket untuk menaiki Duck Tour. Tour kami pukul 6 petang. so kami terpaksa la lepak2 dulu.
Kat park tu Adam Harith try la basikal ni. apa nama ntah. 10 minit rm6. dek sebabkan dia tak berapa nak reti kayuh basikal ni, dia naik 5 minit saja. haishhhh...lagi 5 minit tu Adam jadi Pak maon bawa beca
Adam dan basikal baring. Orang tak berapa nak tinggi tapi nak naik juga. Tak sampai kaki tu haaaaa..


Adam Pak Maon.. beca ni dia reti la bawa sebab basikal. Comel kan beca kecik ni. Nasib la kerusi beca tu doraemon. Kalau hello Kitty memang dia tak nak naik. Boy kan, mana nak naik hat girl punya. Itu pon dia sibuk suruh mama cabut bunga kat beca tu. Katanya fomfuan punya. Hahahaha


6 petang. YEY! naik Duck tour. Itu Mr Duck Tour kami.
Dewasa rm38
Kanak2 rm22
boleh tahan kan harga tiket. But what i can say, once i a life time kan. Menarik naik duck tour ini.
Antara yang saya ingat pasal Duck Tour ni, Nama kereta ini Quacker 1. Umur dia dalam 60tahun. Kereta ini dulu milik kerajaan British di gunakan masa perang dulu. Kereta ni bole jalan atas darat dan laut. Ada satu je kat Melaka setakat ni. Lagi 2 atau 3 bulan muncul la Quacker 2 ;)
Perjalanan mengambil masa 45 minit.
darat dan terus ke laut ;)
dan naik semula ke darat. Lokasi naik dan turun di depan Menara Taming Sari juga.




Half dari Rombongan kami. 
Masa ni atas laut. 
Jangan risau, ada live jacket di bawah seat :)



Peace :)
Atas laut lagi..



Adam layan laut. Dia ralik tengok laut. Dia sibuk cari tayar. Ye la, masa kat darat nampak 
tayar kereta perang ni. Masuk laut, hilang terus.


Adam layan laut. Macam kena pelali tengok ombak laut ni. Actaully masa kat darat ni Adam dah nak tidur. Penat suruh dia bangun. Berjaya juga bila kereta perang masuk laut. Hahahaha.. segar bugar biji mata dia.



Papa + mama + Hero
Nampak tak wisel Itik adam tiup tu?
haaaa.. itu la hasil dari kemenangan mama jawab soalan dari Mr Duck Tour itu,
soalan nya - "apakah nama kereta ini"
ada jawab Quacker, ada jawab Quack Quack.
haaaa.. i ols terus Google u ols.
Jawapan dia ;) QUACKER 1..
dapat la hadiah wisel tapi wisel itik.
kikikiki ;)




MALAM....


Turun je Duck Tour ni, hujan. So kami balik je la hotel kami. Masa tu pon nak dekat azan maghrib. Balik hotel kejap maghrib dulu. Sampai hotel je melepek kejap. Penat tapi happy..
Dalam jam 8 malam kami berjalan kaki lagi ke Newton. Tapi kami ke asam pedas lain pula. Belakang sekali. Kat situ dalam 5 bintang saya bagi 4 bintang. Better dari 1st trial masa lunch :)
Kami makan dalam 8 dewasa. Tak lebih rm200. Meriah sangat. Tapi tak sempat juga snap gambar sebab kelaparan. Lagi pon i pegang adam masa tu. Dia tidur kepenatan.



Lepas kenyang terus berjalan kaki ke Melaka River Cruise. Dalam jam 10malam masa tu. Dewasa rm15. Adam rm5 saja.Angin sepoi sepoi bahasa. Perut kenyang, mata kuyu layu.
Layan angin malam hari. Great experienced.
Itu hero mengantuk layan angin atas cruise. Adam masa naik menara taming sari siap kata bila dia nampak cruise dari atas, "mama, adam nak naik bot air busuk tu" hahaha.. bot air busuk tu. Actually air memang agak busuk sebab air longkang besar kan. Nasib naik malam, kalau naik siang tak tahu la rupa macammana? Jeng jeng jeng..


Mama + hero + aunty mira + uncle joe


Ini family picture kami. Senyuman adam telah berjaya mencairkan mama dan papa. Masa ni jam 11malam, so they all jual murah kot. Rm45 untuk gamba 3D dan keychain 3D ini.


Selesai Melaka River Cruise, kami minum di McDonalds. Sampai bilik hotel 1pg.
Tamat lah perjalanan 1 hari kami..

Hari seterusnya kami ke Klebang Coconut Shake, beli belah di pasar je, dan ke Taman Rama-rama dan reptilia.
nak cari bahan nak cerita sebab tak snap gamba pon masa perjalanan hari ke2 kami.

Kami nak meneruskan percutian lagi.
semoga berjaya :)
Bulan 2 2015 di Pulau Lagenda :)