Hari tomato




Atau nama asalnya La Tomatina.

Membazir. Marah kiteee. 😡

Festival Tomato ini dilakukan di Valencian, Sepanyol.

Nak celebrate nya, baling je tomato.
Motif? Hahahah. Tapi sebelum baling, kena perah dulu. Macam kecilkan saiz la.

Tahu pon sakit kalau baling seketul gitu 🤦🏽‍♀️

Pertama kali di buat pada tahun 1945. Dilakukan pada hari Rabu terakhir pada bulan Ogos.

Kemudian, tempat lain ikut join festival ni. Antaranya Nevada, India, China, Texas.

Berapa banyak tomato dah bazir?

Geram kiteeeee.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

TAZKIRAH : SABAR & SOLAT



Kebiasaan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam jika ada kesusahan atau kesulitan, baginda akan segera melaksanakan solat.
Allah Ta’ala berfirman,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (Surah Al-Baqarah: 45)
Pengajaran ayat:
1- Bagi yang ingin meraih kebahagiaan dunia dan akhirat, maka minta tolonglah pada Allah dengan bersabar dan solat. Maqatil bin Hayan rahimahullah berkata tentang tafsiran ayat ini, “Mintalah tolong dalam mencari akhirat dengan sabar dalam melakukan kewajiban dan solat.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 1: 379)
2- Ada ulama yang menafsirkan sabar dalam ayat di atas dengan puasa, sebagaimana dikatakan Mujahid. Kerana bulan Ramadhan disebut dengan bulan sabar. Sebagaimana disebutkan oleh Al-Qurthubi dan ulama lainnya. Dalam kitab Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir, 1: 379.
4- Ada yang menyebutkan pula bahawa yang dimaksud sabar dalam ayat adalah menahan diri dari maksiat. Ada perkataan dari Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah bahwa sabar itu ada dua perkara. Pertama, sabar dalam menghadapi musibah. Sabar yang lebih baik dari itu adalah sabar dalam meninggalkan yang Allah haramkan. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 1: 380.
5- Hudzaifah bin Al-Yaman berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mendapati kesulitan dalam suatu urusan, beliau segera mengerjakan solat. (Hadis Riwayat Ibnu Jarir)
6- Orang yang khusyu’ dan tenang dalam solatnya, solat akan mudah baginya dan juga dia akan mudah untuk sabar. Kitab Ahkam Al-Qur’an Al-Karim.
7- Sabar akan memudahkan segala macam urusan. Begitu juga solat yang merupakan timbangan iman dan dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar akan memudahkan pelbagai urusan. Demikian menurut Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya
Moga ini jadi pelajaran berharga untuk kita dalam menghadapi ujian kehidupan.








Resepi Tomato 🍅

Resepi Tomato 🍅
Hummus
Sandwich
Spaghetti 
Pasta
Soup
Pizza
Bruschetta
Jus
Sos
Salsa

Jenis tomato

Tomato 🍅 🍅
Banyak jenis rupanya.
Apa saja untuk cantik dan sihat kan?

Fakta mengenai Tomato 🍅


🍅 Mencegah kanser, mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan gula dalam darah.
🍅 Mengandungi karotenoids. Yang melindungi mata dari kerosakan.
🍅 Sedap dan rangup tau kalau makan tomato dalam sandwich atau salad 😜
🍅 Basuh tomato anda sebelum makan dan masak. Sebab tomato tergolong dalam “Top 10” buah dan sayur yang banyak disembur racun masa ditanam.

Khasiat Tomato

Tomato kaya dengan VitaminA, VitaminK, VitaminC, VitaminB, folate, thiamin, Pottasium, Magnanese, Magnesium, Phosphorus, copper.
Antara khasiat Tomato.

• Anti-oksida yang tinggi. 
🍅        Tomato kaya dengan lycopene. Lycopene bertindak sebagai agen menentang kanser.

Universiti Harvard mengatakan tomato mampu menentang kanser prostat, kanser rahim, kanser perut, kanser usus, kanser payudara, juga kanser mulut.

• Membantu dalam URTI
(Jangkitan pada salur kencing)
🍅                    Tomato kaya dengan kandungan air. Oleh itu, kandungan air yang banyak mampu menghasilkan banyak air kencing. Bila banyak air kencing, banyak toksin boleh disingkirkan.

• Mencantikkkan kulit.
🍅          Tomato mampu mengekalkan kesihatan gigi, tulang, rambut dan kulit. Lagi satu, hirisan tomato boleh melegakan ‘sunburn’. Kalau u ols perasan, tomato banyak terdapat dalam produk anti-aging dan sunblock.

• Membantu dalam pesakit diabetis.
🍅                Kajian oleh ‘Journal of the American Medical Association’ mengatakan bahawa pengambilan tomato setiap hari mampu mengurangkan oksidatif stress diabetis type2.

• Menurunkan tekanan darah tinggi.
🍅       Tomato mampu merendahkan tekanan darah tinggi. Potassium dalam tomato membantu dalam masalah tekanan darah

• Masalah penghadaman.
🍅       Tomato mengandungi banyak air, dan boleh mengelakkan sembelit teruk. Juga mencegah jaundis dan mengeluarkan toksin dalam badan. Tomato juga banyak serat, kan serat boleh meningkatkan peristaltis.

• Bagus untuk penglihatan.
🍅      Tomato kaya dengan VitaminA. VitaminA kan bagus untuk mata.

• Bagus untuk masalah mereka yang nak berhenti merokok.
🍅       Tomato kaya dengan coumaric acid dan chlorogenic acid, yang boleh melawan nitrosamin dalam rokok yang menyebabkan kanser.

• Keratan rentas tomato berbentuk jantung.
🍅       Tomato melindungi jantung. Mampu menurunkan kadar kolesterol jahat.

• Kaya dengan Vitamin dan mineral. 
🍅        Sebiji tomato membekalkan 40% keperluan VitaminC harian. Tinggi kan? Sehari makan 3 biji tomato dah cukup. Persoalannya, mampu kah anda?
Hehehe

Bunga dan khasiat.


Aura 7 bunga. Biasa dengar kan?
•’Red Rose’ atau Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi. Romantik gituuu.
•’White Rose’ atau Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri
•’Magnolia’ atau Cempaka putih - melembutkan dan mewangikan badan
•Bungong Jeumpa Gadeng’ atau Cempaka kuning - menyerikan dan mewangikan badan
•’Jasmine’ atau Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman
•’Ylang Ylang’ atau Kenanga - menaikkan seri dan senang didekati
•Limau purut jangan lupa.
Tak silap MJ, Mustika Ratu ada jual air mawar. Boleh la buat u ols.
Cara yang sebetulnya, campur kan semua bunga, air mawar dan limau dalam satu baldi. Rendam semalaman tau. Buang daun dan duri nya tau. Kang ada pula luka kena duri bunga mawar.
Sebelum mandi bunga tu, u ols mandi la dulu dengan sabun. Mandi buna ni bilasan terakhir je. Jangan beriya sangat tak sabun. Kang aura ke mana, busuk ke mana. 😜
Mandi waktu pagi dan tak perlu bilas. Biar je bau bunga itu. Tapi kalau ada terselit kelopak bunga kat memana, buang la tau.
Selamat mencuba.