Apa itu MATA PANDA?


Adakah ia kelihatan seperti cartoon kungfu panda yang memiliki sepasang mata yang besar dan comel.
Mesti tak. Itu teruk sangat kan..

Panda 🐼 comel je mata hitam.
Kita manusia macam zombie dah kan?
Keadaan ini merupakan lingkaran yang gelap di bawah mata menyebabkan seseorang itu kelihatan sangat lesu dan tidak bermaya.
Kita boleh detect dia ada masalah kesihatan, fizikal atau mental.
Ada orang kata Dark circle juga.

TAZKIRAH : KEHEBATAN SUJUD



وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، قَالَ :(( فَأمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ – عَزَّ وَجَلَّ – ، وَأمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ ، فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ )) . رَوَاهُ مُسْلِمٌ .
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.” (Hadis Riwayat Muslim)
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، قَالَ : (( أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ )) . رَوَاهُ مُسْلِمٌ .
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika dia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” (HadisRiwayat Muslim)
Penjelasan Hadis:
1.     Hadis ini menunjukkan dorongan untuk memperbanyak doa ketika sujud. Kerana ketika sujud adalah tempat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah.
2.     Boleh meminta hajat apa pun ketika sujud dan saat sujud adalah tempat terkabulnya doa.
3.     Boleh meminta berulang-ulang dalam doa agar mudah terkabul.
4.     Maksud dari dzikir saat rukuk adalah untuk mengagungkan Allah iaitu menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan. Kerananya ketika rukuk dianjurkan membaca “SUBHAANA ROBBIYAL ‘AZHIM” (Mahasuci Allah Yang Mahaagung) dan ketika sujud membaca “SUBHAANA ROBBIYAL A’LAA” (Mahasuci Allah Yang Mahatinggi).
5.     Ketaatan semakin membuat seorang hamba dekat dengan Allah.
6.     Semakin seorang hamba bertambah ketaatan, maka semakin doanya mudah terkabul.
7.     Rasullah sallallahu ‘alaihi wa sallam semangat mengajarkan umatnya kebaikan.





3 Resepi cantik Fazura.


#1 Tidak Minum Ais dan air sejuk.
Sebab pertama dah tahu kenapa I tak berapa cantik. Hahahah.. suka minum air sejuk.

Ini tips dari Fazura. Langsung tidak minum ais atau ambil minuman sejuk. Fazura memang mengamalkan minuman panas sepanjang masa seperti teh hijau atau air panas bersama hirisan lemon. Minuman sejuk boleh melemahkan imunisasi badan kerana ia boleh menyebabkan demam, selsema dan sakit dada berpanjangan. Paling terbaik ambil sahaja air kosong tanpa ais, bagus untuk hidrasi berpanjangan dan peredaran percernaan yang sihat!
Air kosong hirisan lemon.
The hijau.
#2 Waktu Tidur Yang cukup.
Bagi Fazura waktu tidur yang cukup paling penting sekali dalam menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Masa tidur yang digalakkan untuk manusia dewasa ialah 7 hingga 9 jam sehari. Tidur yang cukup dapat memberi kesihatan mental dan fizikal yang terbaik sekaligus menyerlahkan kecantikan dalaman anda.
#3 Pentingkan Senaman
Kagumkan tengok bentuk tubuh Fazura yang tidak pernah susut atau naik. Rahsia? Beliau tidak pernah skip bersenam, baginya ia untuk meningkatkan tahap stamina, melancarkan peredaran darah dan secara asasnya untuk kesihatan diri.
Petang ni juga pergi jogging 😉

Rahsia cantik Fazura



Ramai yang masih tak boleh move on kan? hihii.

Bersemut wall dengan #fattzura lagi ni..
Mamajura sempat interview Puan Fazura (jangan percaya)

Meh kita tahu apa rahsia kecantikan dia 

1. Apa maksud cantik bagi anda?
Cantik itu apabila kita sentiasa percaya kecantikan adalah milik Allah dan segala pujian hanya milik-Nya. Cantik itu sebenarnya hati kita.

(True kan, hati cantik, cantik lah orangnya)

2. Siapakah ikon cantik anda?
Angelina Jolie kerana kecantikannya tulen dan effortless. She has a big heart that shines so brightly physically.

3. Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Two way cake foundation, gincu dan bedak tabur berkilau. Saya sangat suka solekan seperti gincu bibir yang cantik daripada Avon Absolute yang membuatkan hidup jadi lebih berwarna.

(Duta Avon)

4. Apakah masalah rambut terbesar anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?
Rambut kering dan bercabang. Perapi tidak cukup untuk rambut saya, jadi saya menyapu pupur rambut Wella setiap hari supaya rambut lebih ringan.

5. Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?
Setiap hari saya menggunakan bar Nutox Miracle diikuti serum Bird’s nest. Astringen yang bertindak sebagai penyegar diikuti Solar Block SPF45.

(Duta Nutox

6. Anda percaya dalam pengambilan pil vitamin atau makanan tambahan?
Saya sama sekali tidak percaya pada produk yang menggunakan campuran yang banyak kerana boleh memudaratkan kesihatan. Kini, terlalu banyak produk yang membuatkan kita ghairah untuk cantik dalam hanya beberapa hari. Pengambilan vitamin C 1000mg diikuti l-glutathione, evening primrose oil dan pil antioksida sudah cukup untuk kulit. Pengambilan vitamin rambut seperti pil herba Shen Min dari GNC atau Hairfinity pula untuk kesihatan rambut.

(haihhh, geram je nak bagi Shaklee)

7. Anda mengamalkan sebarang diet?
Makan sedikit sebanyak enam kali sehari. Amalkan minum air panas perahan lemon atau teh hijau setiap pagi dan malam. Elakkan makanan berminyak dan lebihkan makanan yang mempunyai bahan anti oksida.

Boleh try u ols! Simple!

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Keistemewaan GLA Complex Shaklee.


GLA complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA ),asid linolenik (LA),minyak matahari dan vitamin E.
• Minyak Borage adalah bahan utama GLA Complex Shaklee.
.
Minyak Borage mengandungi Gamma Linolenic Acid atau Omega 6, 2 kali ganda lebih tinggi daripada Evening PrimeRose.
.
Kadar penyerapan minyak Borage juga 3 kali lebih powerful daripada Evening PrimeRose.

Pengambilan GLA complex akan mengekalkan kelembapan dan juga menyihatkan kulit anda. Sebab semua minyak yang terdapat dalam GLA Complex, boleh menjadikan anda cantik 💜

Hari tomato




Atau nama asalnya La Tomatina.

Membazir. Marah kiteee. 😡

Festival Tomato ini dilakukan di Valencian, Sepanyol.

Nak celebrate nya, baling je tomato.
Motif? Hahahah. Tapi sebelum baling, kena perah dulu. Macam kecilkan saiz la.

Tahu pon sakit kalau baling seketul gitu 🤦🏽‍♀️

Pertama kali di buat pada tahun 1945. Dilakukan pada hari Rabu terakhir pada bulan Ogos.

Kemudian, tempat lain ikut join festival ni. Antaranya Nevada, India, China, Texas.

Berapa banyak tomato dah bazir?

Geram kiteeeee.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

TAZKIRAH : SABAR & SOLAT



Kebiasaan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam jika ada kesusahan atau kesulitan, baginda akan segera melaksanakan solat.
Allah Ta’ala berfirman,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (Surah Al-Baqarah: 45)
Pengajaran ayat:
1- Bagi yang ingin meraih kebahagiaan dunia dan akhirat, maka minta tolonglah pada Allah dengan bersabar dan solat. Maqatil bin Hayan rahimahullah berkata tentang tafsiran ayat ini, “Mintalah tolong dalam mencari akhirat dengan sabar dalam melakukan kewajiban dan solat.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 1: 379)
2- Ada ulama yang menafsirkan sabar dalam ayat di atas dengan puasa, sebagaimana dikatakan Mujahid. Kerana bulan Ramadhan disebut dengan bulan sabar. Sebagaimana disebutkan oleh Al-Qurthubi dan ulama lainnya. Dalam kitab Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir, 1: 379.
4- Ada yang menyebutkan pula bahawa yang dimaksud sabar dalam ayat adalah menahan diri dari maksiat. Ada perkataan dari Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah bahwa sabar itu ada dua perkara. Pertama, sabar dalam menghadapi musibah. Sabar yang lebih baik dari itu adalah sabar dalam meninggalkan yang Allah haramkan. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 1: 380.
5- Hudzaifah bin Al-Yaman berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mendapati kesulitan dalam suatu urusan, beliau segera mengerjakan solat. (Hadis Riwayat Ibnu Jarir)
6- Orang yang khusyu’ dan tenang dalam solatnya, solat akan mudah baginya dan juga dia akan mudah untuk sabar. Kitab Ahkam Al-Qur’an Al-Karim.
7- Sabar akan memudahkan segala macam urusan. Begitu juga solat yang merupakan timbangan iman dan dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar akan memudahkan pelbagai urusan. Demikian menurut Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya
Moga ini jadi pelajaran berharga untuk kita dalam menghadapi ujian kehidupan.