#6 tanda anda dah tua sebelum usia.


• Garis-garis halus pada wajah sudah kelihatan. Terutama di bahagian tepi mata dan bibir.
Jaga-jaga cik salmah.

• Timbul jeragat di wajah.
Jeragat boleh menjadi banyak dan pekat. Sekali ia keluar, memang susah nak hilang melainkan rawatan laser. Tapi kita boleh meminimakan jeragat dengan penjagaan muka yang disiplin.
• Kulit kering dan kasar.
Di tapak tangan kan kaki adalah kawasan yang sangat ‘obvious’.
Bahagian lain contoh siku.
• Kulit kelabu asap atau kusam.
Orang muda, sepatutnya kelihatan ceria dan bertenaga. Jangan menidakkan krim penjagaan wajah dan makanan yang sihat. Ia sebenarnya sangat membantu.
• Kulit kendur
Kendur di bahagian hujung mata, pipi dan payudara.
• Pori wajah yang besar.
Pori wajah yang besar adalah kerana kandungan minyak yang banyak di bahagian wajah. Jangan biarkan anda kelihatan tua sebelum usia. Rajin-rajin jaga wajah anda.

Tua itu subjektif.


Tua hanya usia. Hanya nombor.
Ada je orang tua yang cantik kulitnya, sampai kita tengok pon macam tak percaya itu usianya.
Terkebil-kebil congak bila beliau memberikan tahun kelahiran.

Apa sebab kita tampak tua dari usia?
#1 Berat badan berlebihan.
Berat badan berlebihan boleh nampak kita lebih tua dari usia sebenar.
#2 Kulit kusam dan berjeragat.
Kulit wajah merupakan senjata pertama yabg dilihat oleh orang. Kulit wajah yang tidak berseri boleh menampakkan kita tampak tua.
Jaga berat badan dan jaga kebersihan kulit wajah.

Tua sebelum usia.


Scary kan?
Pernah tak orang jumpa kita cakap,

“lor, baru 30 ingat macam 35”
Danggg!
“Ni anak ke?”
Padahal adik kot!
“Eh, mak awak ke? Ingat kakak awak”
Eh eh melebih.
Korang ada faktor tua sebelum usia ke?

Cara nak “Putihkan kegelapan bawah mata”


#1 Basuh muka dengan air sejuk.
#2 Tidur yang secukupnya.

#3 Seminggu sekali buat masker mata
#4 Rajin kan diri menggunakan krim mata. Krim mata juga boleh disapu di bahagian bibir untuk mengelakkan dari kedutan awal.
#5 Dapatkan VitaminA Shaklee.
Kaya dengan carotenoids.

TAZKIRAH : EMPAT PULUH TAHUN BERLALU




Usiaku sudah 40 tahun. Apa yang mesti dilakukan?

Allah Ta’ala berfirman,

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: 
ROBBI AWZI’NII AN ASYKURO NI’MATAKALLATII AN ‘AMTA ‘ALAYYA. WA ‘ALAA WAALIDAYYA WA AN A’MALA SHOOLIHAN TARDHOOHU, WA ASHLIH LII FII DZURRIYATII.
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".  (QS. Al-Ahqaf: 15)
Al-Imam Al-Qurthubi menyatakan bahwa orang yang telah mencapai usia 40 tahun, maka ia telah mengetahui besarnya nikmat yang telah Allah anugerahkan padanya, juga kepada kedua orang tuanya sehingga ia terus mensyukurinya.
Imam Malik berkata,
أَدْرَكْتُ أَهْلَ العِلْمِ بِبَلَدِنَا وَهُمْ يَطْلُبُوْنَ الدُّنْيَا ، وَيُخَالِطُوْنَ النَّاسَ ، حَتَّى يَأْتِيَ لِأَحَدِهِمْ أَرْبَعُوْنَ سَنَةً ، فَإِذَا أَتَتْ عَلَيْهِمْ اِعْتَزَلُوْا النَّاسَ
“Aku mendapati para ulama di pelbagai negeri, mereka sibuk dengan aktiviti dunia dan bergaul bersama manusia. Ketika mereka sampai usia 40 tahun, mereka menjauhi diri dari manusia.” (Al-Jami’ li Ahkam Al-Qur’an, 14:218)
Ibnu Katsir menyatakan bahawa ketika seseorang berada dalam usia 40 tahun, maka sempurnalah akal, pemahaman dan kelemah lembutannya. (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 6:623)
Sebagaimana diterangkan oleh Imam Asy-Syaukani rahimahullah, para ulama pakar tafsir menyatakan bahawa tidaklah seorang nabi diutus melainkan mereka telah berusia 40 tahun. Ayat ini menunjukkan bahawa jika seseorang mencapai usia 40 tahun, dia membaca doa seperti yang terdapat dalam ayat di atas. (Fath Al-Qadir, 5:24)
Umur di antara Umatku 60 – 70 Tahun
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَعْمَارُ أُمَّتِـي مَا بَيْنَ السِّتِّيْنَ إِلَى السَّبْعِيْنَ وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ
Umur umatku antara 60 hingga 70 dan sedikit dari mereka yang melebihi itu.”  (Hadis Hasan Riwayat Tirmidzi)
Kalau sudah sukar untuk beramal, kita boleh memanfaatkan amalan ringan sebagai tambahan bekal. Apalagi orang soleh, pahalanya tetap ada walau pun sudah sukar beramal di usia tua.
Sedari Muda Sudah Beramal
Allah Ta’ala berfirman,

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ (1) وَطُورِ سِينِينَ (2) وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ (3) لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6) فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ (7) أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ (8)
Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?” (Surah At-Tiin: 1-8)
Maksud ayat “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” ada empat pendapat. Di antara pendapat tersebut adalah “Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya seperti di waktu mudanya iaitu dalam keadaan kuat dan semangat untuk beramal.” Pendapat ini dipilih oleh ‘Ikrimah.
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya”. Menurut Ibnu ‘Abbas, ‘Ikrimah, Ibrahim dan Qatadah, juga Adh-Dhahak, yang dimaksudkan dengan bahagian ayat ini adalah “dikembalikan ke masa tua setelah berada di usia muda, atau dikembalikan di masa-masa tidak semangat untuk beramal setelah sebelumnya berada di masa semangat untuk beramal.”
Masa tua adalah masa tidak semangat untuk beramal. Seseorang akan melewati masa kecil, masa muda, dan masa tua. Masa kecil dan masa tua adalah masa sukar untuk beramal, berbeza dengan masa muda, iaitu masa emas untuk beramal soleh.
Ibrahim An-Nakha’i mengatakan, “Jika seorang mukmin berada di usia senja dan pada saat itu sangat sukar untuk beramal, maka dia akan dicatat sebagaimana dahulu (di waktu muda) dia pernah beramal. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah (yang artinya): bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.”
Ibnu Qutaibah mengatakan, “Makna firman Allah yang artinya “Kecuali orang-orang yang beriman” adalah kecuali orang-orang yang beriman di waktu mudanya, di saat kondisi fit (semangat) untuk beramal, maka mereka di waktu tuanya nanti tidaklah berkurang amalan mereka. Walaupun mereka tidak mampu melakukan amalan ketaatan di saat usia senja. Kerana Allah Ta’ala Maha Mengetahui, seandainya mereka masih diberi kekuatan beramal sebagaimana waktu mudanya, maka mereka tidak akan berhenti dari beramal kebaikan. Maka orang yang gemar beramal di waktu mudanya, (di saat tua), dia akan diberi ganjaran sebagaimana di waktu mudanya.” (Kitab Zaad Al-Masiir)
Jika seseorang uzur untuk beramal di waktu tua padahal waktu mudanya gemar beramal, maka ia tetap dicatat seperti keadaannya di waktu muda. Sama halnya keadaannya seperti orang yang sakit dan bersafar. Dalam hadits Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Jika seorang hamba sakit atau bersafar, maka dicatat baginya semisal keadaan ketika ia beramal saat mukim atau sihat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Oleh itu, usia muda adalah masa yang kuat dan semangat untuk beramal. Oleh kerana itu, manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Janganlah disia-siakan. Maka mintalah juga perlindungan kepada Allah dari usia tua yang buruk.

Oleh: Muhammad Abduh Tuasikal

10 faktor penyebab 'MATA PANDA' dikalangan wanita

 :
💜 Keletihan pada mata.
Kurang tidur atau susah hendak tidur menyebabkan kulit sekeliling mata kelihatan pucat dan lingkaran gelap pada mata semakin jelas.

💜 Terdedah kepada sinar matahari.
Boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak melanin sehingga terjadinya penggelapan dibawah mata.
💜 Dehidrasi.
Kekurangan cecair didalam tubuh. Ini menyebabkan perjalanan darah dalam tubuh tidak lancar dan mempengaruhi pembuluh darah dibawah mata.
💜 Terlalu banyak memakai make-up.
Tidak membersihkan make-up dibahagian mata boleh menyebabkan iritasi dibawah mata seterusnya menjadi bengkak. Pengunaan kosmetik yang tinggi kandungan plumbum juga boleh memburukkan lagi keadaan.
💜 Kekurangan nutrisi mata.
Zat besi yang kurang didalam badan boleh boleh menyebabkan sekitar mata menjadi bengkak. Begitu juga kekurangan VitaminA yang sinonim dengan kesihatan mata dan kelembapan disekeliling kawasan mata.
💜 Kesan dari penyakit.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti anemia dan buah pinggang.
💜 Kesan sampingan preskripsi ubat.
Ubat-ubatan juga boleh menyebabkan lingkaran gelap dibawah mata.
💜 Ketagihan alkohol.
Alkohol boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh dan kawasan disekitar mata jadi tenggelam.
Mata adalah kawasan yang paling cepat terjejas.
💜 Merokok.
Rokok akan menyebabkan struktur penghasilan kolagen dibawah mata menjadi lemah dan kulit dibawah mata akan menjadi kendur.
💜Aktiviti penuaan semulajadi.
Semakin berusia, kolagen dalam badan semakin berkurangan. Kita sebagai wanita yang jelita, perlu bijak memilih supplement Vitaminc dan kolagen yang bantu dalam mengekalkan kulit yang sihat dan cantik

Apa itu MATA PANDA?


Adakah ia kelihatan seperti cartoon kungfu panda yang memiliki sepasang mata yang besar dan comel.
Mesti tak. Itu teruk sangat kan..

Panda 🐼 comel je mata hitam.
Kita manusia macam zombie dah kan?
Keadaan ini merupakan lingkaran yang gelap di bawah mata menyebabkan seseorang itu kelihatan sangat lesu dan tidak bermaya.
Kita boleh detect dia ada masalah kesihatan, fizikal atau mental.
Ada orang kata Dark circle juga.