TAZKIRAH : AMALAN DI ANGKAT PADA ISNIN & KHAMIS


Allah SWT mencipta manusia agar mereka mengabdikan diri mereka kepada Allah SWT. Di samping itu juga, Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya agar sentiasa melaksanakan setiap tuntutan dan suruhan-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.

  • Firman Allah SWT:
Surah al-Zariyat : 56
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”

  • Firman Allah SWT lagi:
Surah al-Qaaf : 18
Maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

Ayat di atas ini menunjukkan bahawa setiap apa yang dilakukan oleh manusia atau insan ini akan dicatat oleh malaikat dan ia juga akan dibentangkan di hadapan Allah SWT. Berdasarkan persoalan di atas, terdapat beberapa buah hadith sahih yang menceritakan akan hal sedemikian. Antaranya ialah:
  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Tirmizi (747)] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]

  • Daripada Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Dua hari tersebut akan dibentangkan amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku lebih suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Nasa’ie (2358)]

Hadith ini tidak menafikan sabda Nabi SAW bahawa diangkat amalan malam sebelum amalan siang dan diangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hal ini bagi membezakan antara diangkat dan juga dibentangkan. Ini kerana, amalan-amalan dihimpunkan selama seminggu dan dibentangkan pada dua hari ini (Isnin dan Khamis).
Kata Ibn Hajar bahawa tidak dinafikan bahawa diangkatnya amalan pada bulan Sya’ban berdasarkan hadith Nabi SAW bahawa sesungguhnya ia (bulan Sya’ban) adalah bulan yang diangkat padanya amalan dan aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa bagi menunjukkan amalan itu terangkat iaitu amalan mingguan berbentuk terperinci dan manakala amalan tahunan pula berbentuk umum. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 375/3]
Antara makna hadith di atas adalah setiap amalan akan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT, sama ada amalan tahunan yang diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan juga amalan mingguan yang akan diangkat pada hari Isnin dan Khamis. [Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313]
Antara faedah lain yang boleh diambil daripada hadith di atas adalah kelebihan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Oleh sebab itu, kita disunatkan untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagaimana dinyatakan di dalam mazhab kita iaitu mazhab al-Syafie Rahimahullah berdasarkan apa yang diceritakan oleh isteri Baginda SAW yang tercinta:
Daripada Aisyah RA, berkata:
 Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” [Riwayat al-Tirmizi (745)]

Penutup
Kesimpulannya, kita dituntut untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis berdasarkan hadith yang kami nyatakan di atas. Antara hikmah kita diminta untuk banyak berpuasa pada hari-hari ini adalah berdasarkan hadith yang kami nyatakan di atas iaitu pada hari-hari ini amalan dibentangkan oleh Malaikat kepada Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT menempatkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan juga orang-orang yang sentiasa melakukan ketaatan kepada-Nya. Amin.

Wallahua’lam

Sumber: Irsyad Al-Hadith Mufti Wilayah Persekutuan




HAPPY Good morning ;)


Jom kita educate kawan-kawan kita.

Pilih produk yang selamat. Dan bebas bahan kimia yang tak elok.
Di Malaysia memang sangat rendah tahap kesedaran bab produk kulit ni. Sebab orang kita nak cepat kaya dan cepat cantik.
Apa didalam? Adakah anda peduli?
I would say bigNO kepada produk satu kilang (hanya packaging je lain), produk yang tidak telus dalam melabelkan bahan-bahan nya, dan produk yang menjadikak kulit licin bak patung.
Cantik tapi menyeramkan.
Jangam baca post ini dengan rasa marah. Tapi renungkan ada betul ke tak.
Contoh, pertama, di Brunei banyak produk Malaysia yang tidak boleh masuk. Banyak, refer post Mamajura yang ini.
Contoh kedua, di Amerika terdapat 2500 bahan kimia yang dilarang sama sekali digukanan dalam produk kosmetik dan kecantikan. Dan ia tertulis dalam flyers YOUTH di Amerika.
Tapi di Malaysia, flyers itu terpaksa di edit. Di edit menjadi 1500bahan kimia yang dilarang.
Flyers saja edit, tapi kandungan YOUTH masih bebas 2500bahan kimia.
Kerana, balance 1000 bahan kimia dilarang di Amerika, dan yang tidak tertulis di dalam flyers di Malaysia, adalah boleh digunakan di Malaysia.
Semata-mata hendak memenuhi kehendak pihak berwajib di Malaysia.
1000 bahan kimia tau yang boleh di Malaysia walaupon diharamkan di Amerika.
Mak aih! Betul-betul Malaysia boleh!
Scary but true.

Lagu zaman kanak-kanak.

Tiba rasa lagu zaman kecik2 dulu sangat negatif. Patut bangun pagi kena positif kan?
ABC..
Cekodok basi (ntah apa2 cekodok basi)
Bangun pagi tak gosok gigi (Teruk)
Pergi sekolah cikgu benci ( Nampak??)
Balik rumah bunuh diri (Ya Ampun)
😂😂😂😂😂 jangan nyanyi lagi ye.

Perlu ke sapu semula krim sunscreen?


Soalan best kan? Ye la, bijak u ols. Sebab baca bab pengiraan spf kan?
Jawapannya, bergantung pada diri sendiri. Macam post sebelum ni pon Mamajura ada kata kan. Depends sebab kita berpeluh.
Bergantung pada aktiviti anda. Berpeluh? Berenang? Bagi muslim ada kena ambil wuduk kan? Mengelap peluh?
Jika perlu, sapu la semula. Jika rasa tak hilang sapuan sebelum ini, tak sapu semula pon tak apa.
Tapi nak kekal gojes, sapu la.
Nak nak kalau krim itu adalah sekali dengan pelembap.
Ni Mamajura dah solat zuhur, so sapu semula. Nampak gaya kena beli extra letak dalam handbag dan dibawa kemana sahaja.

Bila nak sapu krim suncreen ni?


30minit sebelum jumpa matahari.
Biar kering dulu tau.
Bagi masa pada krik untuk meresap ke dalam kulit.